Kampus & Pendidikan 18 Jul, 2022

Baru power! Kembara bermotosikal UPM! Berdakwah, beri sumbangan kepada pelajar asnaf universiti!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowment (WAZAN) UPM dan Putra Bakti UPM buat julung kalinya mengadakan aktiviti dakwah serta memberi bantuan kepada pelajar asnaf UPM di sekitar daerah Rompin dan Temerloh, Pahang secara bermotosikal.

Naib Canselor UPM, Profesor Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata sumbangan bantuan yang diberikan kepada pelajar asnaf UPM diharapkan akan memberi motivasi kepada pelajar tersebut untuk meneruskan pengajian secara bersungguh-sungguh di UPM.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti brdakwah


“Semoga pelajar asnaf UPM yang menerima bantuan berbentuk kewangan dan barangan mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya selain menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang.

“Pihak WAZAN akan terus-menerus membantu pelajar UPM yang kurang berkemampuan agar semua pelajar ini menamatkan pengajian dan meneruskan kehidupan dalam membantu keluarga,” katanya.



Sementara itu, pelajar semester lima Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan, Nor Amirah Solehah Ahmad Baijuri berkata bantuan yang diberikan oleh UPM itu menjadi pendorong buat dirinya untuk meneruskan pengajian dan mencapai cita-citanya.

“Saya akan jadikan bantuan ini sebagai penambah semangat saya untuk terus belajar sebab arwah emak saya pesan satu sahaja, apabila kita miskin kita kena belajar sebab ilmu sahaja yang boleh ubah hidup kita. Terima kasih kepada semua penyumbang,” katanya.



Mazlina Che Omar, 46, ibu kepada Nurul Aini Saharudin, Bacelor Pemakanan Dan Kesihatan Komuniti, yang turut menerima bantuan, meluahkan rasa syukur apabila UPM sentiasa prihatin dan menjaga kebajikan pelajar-pelajarnya yang kurang berkemampuan.

"Anak saya merupakan anak sulung jadi saya harap beliau dapat memberi contoh yang terbaik dan menyuntik semangat adik-adiknya yang lain. Saya memang selalu mengingatkan anak-anak saya untuk terus belajar kerana ilmu itu sangat penting." jelasnya.

Selain program kembara memberi sumbangan kepada pelajar asnaf, program yang bermula pada 16 sehingga 18 Julai 2022 ini juga telah menjalankan aktiviti forum, pemeriksaan kesihatan secara percuma dan gotong-royong di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Rompin dalam mencapai aspirasi UPM untuk 'Menggema Seruan Al Falah dari menara ilmu'. - KitaReporters/UPM


 

16
10
0
15
0
You will be interested