Kampus & Pendidikan 04 Nov, 2022

Demi kelancaran majlis konvokesyen UUM! Pasukan keselamatan tulang belakang kecemerlangan majlis!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Prof Dr Haim Hilman Abdullah hadir di majlis bersama anggota keselamatan UUM.

Bagi melicinkan perjalanan Majlis Konvokesyen ke-34 Universiti Utara Malaysia (UUM), Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah mengadakan sesi perjumpaan bersama 109 pegawai dan anggota keselamatan di kampus Sintok ini.

Katanya, peranan dan tugas pasukan ini penting kerana menjadi tulang belakang kepada kecemerlangan universiti juga.

“Saya bersama Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) yang hadir pada 3 November 2022 berharap kita semua akan bersama-sama menjuarai aspirasi universiti untuk menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka termasuk menjayakan konvokesyen yang akan berlangsung mulai 6 hingga 10 November 2022 nanti,” katanya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis konvokesyen

Ahli JPU dan anggota keselamatan yang hadir.

Anggota keselamatan UUM yang bersama Naib Canselor.


Haim Hilman berharap pasukan keselamatan dapat memberikan komitmen terbaik termasuklah memastikan kelancaran trafik dan perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan sepanjang konvokesyen kali ini.

Bagi ibu bapa, graduan dan ahli keluarga yang hadir, patuhilah arahan dan berikan kerjasama kepada petugas keselamatan supaya sama-sama dapat kita melancarkan perjalanan majlis konvokesyen nanti, katanya lagi.

Moga semua pihak merasakan kegembiraan ketika berada di universiti kedua terbaik negara ini. - KitaReporters/UUM


Prof Dr Haim Hilman Abdullah (tengah) bersama Ahli JPU dan anggota keselamatan bergambar kenangan.

14
11
0
9
0
You will be interested