Kampus & Pendidikan 23 Mar, 2023

Pemerkasaan program pengajian Islam! USIM dan UMS meterai MoU! Menerusi hubungan Friends of Borneo!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada [email protected]

Share this


Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meluaskan jaringan strategik bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memfokuskan kepada pemerkasaan program pengajian Islam. 

Bertempat di Pusat Islam UMS, USIM diwakili Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dan Pendaftar USIM, Dato’ Mohammad Haizuan Rozali, manakala UMS diwakili Profesor Dato' Dr Kasim Mansor, Naib Canselor UMS serta Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program pengajian Islam


Profesor Ts. Dr. Sharifudin berkata, kerjasama antara USIM-UMS ini bertepatan di bawah payung "USIM Cemerlang, USIM Disayang". 

Keterlihatan USIM bukan sahaja menyebarkan ilmu bahkan memberi manfaat kepada masyarakat lebih-lebih lagi menerusi hubungan ‘Friends of Borneo’ yang diterajui Muhammad Haizuan.

“Selain memfokuskan kepada pemerkasaan program pengajian Islam serta penyelidikan, kerjasama lain yang akan turut diadakan adalah seperti kerjasama program akademik, penyelidikan bersama, pertukaran bahan penerbitan, maklumat dan penyelidikan, latihan industri pelajar dan pertukaran kakitangan," katanya lagi. 

Sementara itu, Dr Kasim berkata, UMS mengharapkan agar kerjasama ini terus berkembang dalam pelbagai aspek khususnya bagi program pertukaran pelajar dalam bidang pengajian Islam untuk tempoh selama satu semester. Beliau turut mengalu-alukan kerjasama yang dilihat berimpak dan bermanfaat buat kedua-dua universiti.

Hadir sama ke majlis MoU Pengurusan adalah Profesor Dr Mohd Dahlan A.Malek, Dekan Fakulti Pengajian Islam UMS serta delegasi kerja USIM. - KitaReporters/USIM


11
12
0
11
0
You will be interested