Kampus & Pendidikan 26 Jun, 2023

UUM komited pastikan status swaakreditasi dikekalkan! Sedia lakukan penambahbaikan berterusan! - VC

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:anakperlis65@gmail.com

Share this


Prof Dr Mohd Foad Sakdan (tiga dari kiri) di majlis penutup pembentangan Laporan Audit pematuhan Status Swaakreditasi di Bilik Mesyuarat Senat. 


Universiti Utara Malaysia (UUM) akan mengambil tindakan tertentu bagi memastikan status swaakreditasi (self-accreditation) dapat dikekalkan dengan melakukan penambahbaikan berterusan dalam pelaksanaan penawaran program pengajian mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) serta standard dan ketetapan yang ditetapkan oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).  

“UUM berbesar hati dan berlapang dada menerima teguran dan pandangan penambahbaikan berdasarkan dapatan audit yang telah dikemukakan oleh Panel Auditor MQA yang di ketuai Prof. Dr. Hazman Shah Abdullah,” kata Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan pada majlis penutup pembentangan Laporan Audit Pematuhan Status Swaakreditasi di Bilik Mesyuarat Senat pada 21 Jun 2023.


Audit pematuhan Status Swaakreditasi sedang dijalankan.

Audit Pematuhan Status Swaakreditasi di Kampus UUM Sintok ini diadakan selama tiga hari mulai 19 hingga 21 Jun 2023 manakala di Kampus Cawangan UUM Kuala Lumpur pada 16 Jun 2023.

Semua jabatan dan pusat pengajian yang terlibat telah memberikan komitmen penuh kepada pasukan auditor MQA sepanjang tiga hari yang diadakan secara bersemuka.


Pusat pengajian turut memberikan komitmen penuh kepada pasukan auditor MQA.

Status swaakreditasi yang dijalankan untuk melayakkan sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT)  mengakredit program pengajiannya sendiri kecuali program profesional yang memerlukan akreditasi serta pengiktirafan badan profesional yang relevan. 

Peruntukan undang-undang bagi MQA melaksanakan perkara-perkara yang berkaitan dengan swaakreditasi termaktub dalam Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679).

Panel Audit Pematuhan Status Swaakreditasi UUM diketuai Prof. Dr. Hazman Shah turut disertai Prof. Madya Ts. Dr. Zulkefli Mansor, Prof. Dr. Yuhanis Abdul Aziz, Prof. Dr. Alan Ong Han Kiat, Prof. Dr. Amir Akramin Safie dan dua pegawai dari MQA iaitu Najihah As’ari dan Farrah Wahida Mohd Aris. - KitaReporters


Prof. Dr. Hazman Shah Abdullah (empat dari kiri) terima cenderamata daripada Prof Dr Mohd Foad Sakdan (dua dari kanan). 

16
12
0
20
0
You will be interested