Kampus & Pendidikan 31 Aug, 2023

Tahniah IKBN Pekan! Muncul johan Perbarisan Hari Kebangsaan Ke-66 Kategori IPTA /IPTS Daerah Pekan!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Pasukan perbarisan IKBN Pekan bergambar kenangan bersama piala selepas di umum sebagai Johan Perarakan.

Muhammad Lukman Mat Rahim (kanan) bersama Ts Hamdan Abdullah Hazam.

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan diumumkan sebagai Johan Perbarisan Kategori Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) peringkat daerah Pekan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-66 pagi ini (31 Ogos 2023).

Ketua Kontijen Muhammad Lukman Mat Rahim ketika dihubungi berkata,  seramai 30 pelajar lelaki dan lima perempuan semester satu mengambil bahagian dalam perbarisan ini.


Plak kemenangan yang dimenangi.

“Walaupun hanya tiga hari kami berlatih namun dengan semangat patriotik dalam kalangan pelajar ini akhirnya membuahkan rezeki untuk kami,” ujarnya lagi.

Lukman menambah, pasukannya adalah antara 36 kontinjen yang mengambil bahagian dalam perbarisan kemerdekaan tahun ini (2023) yang sejauh 400 meter.

Kemenangan ini membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM500, piala pusingan, piala iringan dan sijil kemenangan. 

Turut hadir meraikan kemenangan ini ialah Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Pekan, Ts Hamdan Abdullah Hazam. - KitaReporters


Gembira raih kemenangan sempena perbarisan Hari kebangsaan ke-66.


Pelajar semester satu gembira kerana meraih kejayaan bersama pasukannya.

12
13
0
14
0
You will be interested