Kampus & Pendidikan 19 Oct, 2023

Tahniah Dr Mohammed Azman! Alumni UUM yang kedua terima Anugerah AACSB Influential Leaders 2023!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Lebih 100 peserta menghadiri seminar Persidangan Pengurusan Sekuriti Sosial 2023 di Di Hotel Dorsett Putrajaya, Selangor pada 19 Oktober 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Dato' Seri Dr Mohammed Azman Dato' Aziz Mohammed menerima Anugerah AACSB Influential Leaders 2023.

Anugerah berprestij oleh AACSB International ini disampaikan oleh Naib Canselor UUM Prof Dr Mohd Foad Sakdan sempena Persidangan Pengurusan Sekuriti Sosial 2023 di Di Hotel Dorsett Putrajaya, Selangor pada hari ini, 19 Oktober 2023.

Dr Mohammed Azman adalah penerima kedua dalam kalangan Alumni UUM selepas Raja Azura Raja Mahayuddin, CEO Yayasan Peneraju pada tahun 2019.


Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed menerima Anugerah AACSB Influential Leaders 2023.


“UUM amat berbangga dengan pencapaian Dato' Seri Dr Mohammed Azman yang juga Alumni UUM dan Profesor Adjung, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, universiti ini yang terpilih sebagai salah seorang daripada 25 graduan sekolah perniagaan yang diberi penghormatan oleh AACSB International,” ujarnya.

Katanya, pemimpin berpengaruh yang dipilih oleh AACSB ini menunjukkan bahawa kejayaan dalam perniagaan juga bermakna kejayaan bagi masyarakat.

Moga penganugerahan ini bukan sahaja menunjukkan pengiktirafan kepada universiti dan PERKESO malah memberi impak positif kepada masyarakat terutama dalam isu-isu yang dihadapi mangsa kemalangan di tempat kerja, serta sudut pandangan majikan, pekerja dan pengurusan tertinggi PERKESO.


Prof Dr Mohd Foad Sakdan berucap merasmikan Persidangan Pengurusan Sekuriti Sosial 2023 di Di Hotel Dorsett Putrajaya, Selangor.

Terdahulu ketika menyampaikan ucapan sempena perasmian persidangan yang dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Pengurusan Sekuriti Sosial, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) UUM dengan kerjasama PERKESO ini, Naib Canselor berbangga dengan penganjuran ini kerana mengetengahkan isu-isu dan cabaran semasa seiring dengan keperluan masyarakat serta industri.

“Saya berharap persidangan tahunan yang dijalankan seperti terkandung dalam Memorandum Perjanjian (MoA) antara UUM dengan PERKESO bagi tempoh lima tahun ini akan terus menggunakan persidangan ini bagi menyentuh berbagai isu, strategi dan cabaran yang berkaitan serta menyediakan landasan bagi mereka yang terlibat,” ujar beliau lagi.

Moga peserta persidangan juga dapat berbincang dan berkongsi pendapat serta pengalaman dalam menentukan hala tuju, menggariskan langkah proaktif dan berterusan ke arah memantapkan lagi pengurusan sosial.


Peserta seminar yang hadir dipersidangan itu.
“Perubahan seperti desakan pelaksanaan globalisasi, kerjasama serantau yang aktif, dan perkembangan teknologi yang semakin canggih dan pantas, serta teknologi maklumat (ICT) yang semakin tidak dapat dijangka mendesak pengurusan organisasi untuk membangunkan sumber manusianya dengan segala kecekapan dan kemahiran yang diperlukan untuk terus memberi perkhidmatan yang relevan dan mampan di pasaran dan berdaya saing nanti,” sambung beliau lagi.

Akhirnya beliau berharap persidangan ini dapat menyampaikan maklumat semasa dan membantu menyelesaikan sebahagian besar isu dan cabaran dengan cekap dan berkesan. - KitaReporters


Peserta dan tetamu yang hadir bergambar kenangan.

12
15
0
14
0
You will be interested