Kampus & Pendidikan 15 Mar, 2022

Tahniah 32 graduan sarjana sains UUM! Penolong Pegawai Perubatan KKM! Diraikan bersama keluarga!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Graduan Sarjana Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Master of Science in Occupational Safety & Health Management) bergambar selepas konvokesyen.

NAIB Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Haim Hilman Abdullah menghadiri majlis makan bagi meraikan 32 graduan Sarjana Sains Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Master of Science in Occupational Safety & Health Management) UUM di Darulaman Golf and Country Club (DGCC), Jitra pada 13 Mac 2022 lalu.

Kesemua graduan lelaki kohort satu ini ialah Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terdiri daripada 27 dari Pusat Pengajian Siswazah Pusat Rehabilitasi Perkeso Ayer Keroh, Melaka; empat dari UUM Sintok dan seorang dari UUM Kuala Lumpur.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UUM

Graduan Sarjana, Mohd Awal Din Mohd Nazir bersama dengan Naib Canselor UUM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah.

Prof Dr Haim Hilman dalam ucapannya pada majlis itu mengucapkan tahniah kepada semua graduan sulung hasil daripada Memorandum Perjanjian (MoA) Program Kerjasama antara UUM dan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (PPPM) yang berkuat kuasa pada 25 April 2018 lalu.

Katanya, kerjasama yang terjalin antara KKM dan UUM ini diharapkan dapat berterusan memandangkan kedua-dua pihak mendapat manfaatnya.

“UUM akan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan melalui kementerian dan jabatan kerajaan dalam usaha merealisasikan harapan kerajaan melalui pembelajaran sepanjang hayat,” ujar beliau lagi.


Naib Canselor UUM bersama penyarah meraikan graduan sarjana di Darulaman Golf and Country Club (DGCC) Jitra, Kedah.


Dalam pada itu beliau juga mengambil kesempatan agar kesemua graduan melahirkan penghargaan kepada isteri masing-masing dan keluarga atas pengorbanan mereka sehingga bergelar graduan sarjana.

Beliau juga memaklumkan UUM kini turut bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Arkib Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selain KKM dengan hasrat untuk melihat lebih ramai lagi dapat melanjutkan pengajian hingga ke peringkat yang lebih tinggi.


Timbalan Ketua Penolong Pegawai Perubatan (Bahagian Perubatan), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Mohd Awal Din Mohd Nazir.

Dalam pada itu Timbalan Ketua Penolong Pegawai Perubatan (Bahagian Perubatan), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Mohd Awal Din Mohd Nazir yang mewakili graduan sarjana ini melahirkan penghargaan kepada Prof Dr Haim Hilman kerana sentiasa memberi sokongan sehingga mereka bergelar graduan sarjana dari UUM.

“Pahit, manis dan cabaran terutama ketika berulang alik dari rumah dan menjalankan tugas hakiki sebenarnya memerlukan pengorbanan dan kesungguhan yang amat tinggi terutama dikalangan diri sendiri, keluarga dan juga pensyarah namun hasil kesabaran akhirnya kami berjaya juga menamatkan pengajian sebagai graduan sarjana,” ulasnya ketika menceritakan detik mereka sebagai kakitangan kerajaan dan sebagai seorang mahasiswa.


Prof Dr Haim Hilman memotong kek sempena jamuan makan bagi meraikan kejayaan graduan sarjana itu.

Turut hadir pada majlis ini ialah Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan Prof Madya Dr Mohd Faizal Mohd Isa; Pengarah Unit Pengajian Siswazah di Pusat Pengajian Siswazah untuk Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) Prof  Madya  Dr  Wan Shakizah Wan Mohd Noor;  Pengarah Unit Komunikasi Korporat UUM, Ts. Syamsyul Anuar Ismail; Koordinator Program Pasca Siswazah; Pengurusan Sumber Manusia Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan Dr Marziah  Zahar; Pengarah Sosial Security Management, Centre of Excellence, (SOSCoE) Prof  Madya Dr  Fadzli Shah Abd Aziz; pegawai-pegawai UUM dan ahli keluarga graduan sarjana. - KitaReporters


Ahli keluarga turut hadir meraikan kejayaan suami mereka.
Anak-anak dan isteri pendorong utama kejayaan.

14
9
0
10
2
You will be interested