Kampus & Pendidikan 31 Oct, 2021

Kelas kewartawanan berkonsepkan Keluarga Malaysia di UUM! Pakai pakaian kebudayaan pelbagai kaum

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Oleh: NURUL NAJIHAH AZHAN


Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) menampilkan kelainan ketika mengikuti pengajian secara dalam talian bagi subjek kewartawanan di bawah Pusat Kokurikulum universiti itu pada 30 Oktober 2021 lalu.

Pengerusi kelas, Muhammad Fikri Mohd Sabri, 20, berkata rakan-rakan sekelasnya membuat keputusan untuk mengikuti kelas minggu ini dengan memakai pakaian kebudayaan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia.

Katanya, kesungguhan mereka untuk menghadiri kelas dengan konsep keluarga Malaysia juga mendapat persetujuan daripada Penyelaras Unit Teknologi Media dan Kreatif Dr Azizah Md Yusof dan pensyarahnya Samsudin Oli Mohamed.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aspek kebudayaan

Gambar-gambar oleh: Nik Mohammad Faris Aminuddin Nik Mohd. 


Dr Azizah Md Yusof


“Kami memilih untuk memakai pakaian pada minggu ini kebetulan selepas pengumuman Bajet 2022 dan sambutan Deepavali pada Khamis 4 November 2021 nanti,” ujar Muhammad Fikri lagi.

Manakala Pooja a/p Manogaran pula melahirkan rasa berterima kasih kepada rakan-rakan kelas yang bersetuju untuk memakai pakaian kebudayaan masing-masing ketika menghadiri kelas pada minggu ini sekali gus menyemarakkan sambutan Deepavali bagi rakan-rakan yang akan menyambutnya.

Bagi Wong Sis Sen pula walaupun mereka merupakan pelajar semester satu yang baru sahaja mendaftar di universiti ini dan tidak mengenali antara satu sama lain namun kesepakatan dalam membuat keputusan untuk mengikuti kelas seperti yang dicadangkan oleh Muhammad Fikri mengembirakan semua rakan sekelas.

“Kami yakin rakan-rakan beragama Hindu pastinya gembira untuk menyambut Depavali pada tahun ini walaupun sambutannya sederhana dan perlu melakukan kawalan kendiri serta mematuhi semua prosedur standard (SOP),” sambungnya lagi.


Muhammad Fikri Mohd Sabri


Pooja a/p Manogaran


Kesemua pelajar ini mengikuti kelas secara dalam talian sejak tiga minggu lalu.

Pengendalian kelas secara dalam talian sejak penularan wabak COVID-19 ini telah menjadi kebiasaan dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian  Tinggi (IPT) di negara ini dengan bermatlamat untuk melahirkan generasi cemerlang dan berakhlak walaupun ancaman COVID-19 menjejaskan keadaan.

Arahan untuk meneruskan pengajaran dari rumah perlu digalas rapi dan amanah tersebut perlu dilaksanakan dengan baik supaya tidak ada mana-mana pelajar yang tercicir atau ketinggalan dalam pelajaran.



Pelajar-pelajar subjek kewartawanan di bawah Pusat Kokurikulum mengikut pengajian secara dalam talian.


Pelbagai usaha dilakukan semua pihak dalam merealisasikan pembelajaran tanpa bersemuka secara dalam talian dan semestinya pelbagai cabaran terpaksa dihadapi untuk melaksanakannya.

Sebelum penularan wabak COVID-19, institusi pendidikan mengambil langkah sederhana untuk menggalakkan golongan pendidik khususnya di UA dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) untuk memulakan pengajaran menggunakan kaedah dalam talian.

Saranan itu mendapat sambutan baik daripada golongan pendidik namun begitu kaedah pelaksanaan pengajaran secara dalam talian ini memerlukan kreativiti, usaha dan ilmu mencukupi terutama kecekapan menggunakan teknologi canggih, selain pemilihan platform bagi menyampaikan ilmu kepada pelajar. - KitaReporters


28
13
0
14
0
You will be interested