Seramai 600 warga pendidikan dari daerah Kubang Pasu menerima pengiktirafan pada Majlis Apresiasi Sumber dan Teknologi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kubang Pasu Sesi 2025 yang diadakan di SJK(C) Chung Hwa pada 16 November 2025.
Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran, Faisul Aris Othman.


Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa pengurusan sumber pendidikan dan penerapan teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) perlu diberi tumpuan bagi meningkatkan kualiti penyampaian di sekolah.
Katanya, komitmen guru, pengurus pusat sumber dan pegawai teknologi pendidikan dalam menyediakan bahan pengajaran digital serta mengurus sumber secara sistematik telah membantu memperkukuh keberkesanan PdP selaras keperluan semasa.
Faisul Aris Othman menyampaikan anugerah kepada pelajar SMK Seri Mahawangsa.Turut hadir Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, PPP Sumber dan Teknologi Pendidikan, Anuar Othman, yang menyatakan sokongan terhadap usaha sekolah dalam memantapkan pengurusan sumber dan teknologi pendidikan.
PPD Kubang Pasu memaklumkan bahawa tumpuan terhadap pengukuhan sumber dan teknologi pendidikan akan diteruskan bagi memastikan sekolah kekal seiring perkembangan pendidikan masa kini. - KitaReporters
Murid sekolah yang hadir menunggu giliran menerima penghargaan.
Barisan pentadbir dan guru yang menerima penghargaan bergambar kenangan.
