Kampus & Pendidikan 14 Feb, 2023

Portal pembelajaran E-hajj.my dilancar! Pusat sehenti, sumber rujukan berkaitan kerjaya haji, umrah!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


PERTAMA dalam negara apabila portal pembelajaran haji dan umrah, E-hajj.my telah dilancarkan sebagai pusat setempat ‘one stop centre’ pusat perkembangan kerjaya dalam bidang haji dan umrah.

Diwujudkan bukan sahaja untuk memudahkan pelajar mengikutinya secara dalam talian dan turut dibuka kepada orang ramai bagi mendapatkan maklumat rasmi berkaitan ibadat haji dan umrah.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pembelajaran



Dilancarkan oleh organisasi pendidikan di Malaysia YEG Academy dengan kerjasama Akademi Mutawwif Training Centre dan Akademi Belajarlah.

Lagi menarik, senarai nama pelajar yang telah tamat mengikuti pengajian diploma ini sehingga lulus dan layak untuk menjadi mutawif juga dimasukan dalam portal E-hajj.my ini.

Ternyata, portal E-hajj boleh dijadikan sumber rujukan bagi mengelak individu yang cuba memanipulasi dalam urusan haji dan umrah. Tahniah!



Selari dengan itu, Kolej Inovasi Antarabangsa yang memperkenal Diploma Pengurusan Haji Umrah optimis untuk melahirkan lebih ramai mutawif profesional memindahkan pelajar Fakulti Pengajian Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai Fakulti Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) ke Cyberjaya.

Presidennya, Shahwati Umar berkata, langkah berkenaan dilakukan susulan permintaan yang bertambah menyebabkan mereka perlu mencari ruang yang lebih luas dan selesa berbanding sebelum ini di Kelana Jaya.

“Jumlah kemasukan pelajar terus meningkat dan dijangka tahun ini kita menerima kira-kira 1,000 pelajar baharu berbanding sebelum ini 200 pelajar. 

“Demi memberikan keselesaan dan fasiliti yang lebih baik dengan persekitaran yang lebih kondusif kepada pelajar, kami pindahkan fakulti ini ke Cyberjaya,” jelas beliau.



Turut berlangsung  sempena perasmian fakulti berkenaan dan perjanjian persefahaman (MoU) bersama beberapa agensi pelancongan umrah dan haji tempatan termasuk Andalusia Travel & Tours,  Simply Umrah Travel Services Sdn. Bhd., Rayhar Travels Sdn. Bhd, Az Zuha Group Travel & Tours Sdn. Bhd. dan banyak lagi.

Shahwati menambah bagi memantapkan persekitaran pembelajaran dua pensyarah baharu dipertanggungjawab khususnya dalam  bidang komunikasi serta akidah dan sahsiah para pelajar  di fakulti berkenaan.

Mereka terdiri Badrul Sani yang  dilantik sebagai pensyarah kanan yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang komunikasi dan Al Habib Syeikh Dr. Omar Muhammad Kalash As-Syafie al-Husainiy. 



Syeikh Dr Omar bertanggungjawab dalam urusan akidah dan sahsiah DHUMY memandangkan beliau mempunyai kelulusan PhD dalam pengajian Fiqh dan Usul al-Fiqh dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berserta mendapat kelulusan tauliah daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengajar pengajian Islam.

Sangat membanggakan apabila kebanyakan  pelajar yang sudah tamat pengajian terus bergelar mutawif dan mutawiffah berikutan terdapat 15 buah agensi pelancongan Malaysia yang menggunakan perkhidmatan pelajar lepasan kolej tersebut. - KitaReporters


13
8
0
8
0
You will be interested