Kampus & Pendidikan 09 Mar, 2023

Tabik spring USIM! Sukarelawan turun padang! Hulur khidmat, sumbangan kepada mangsa banjir di Johor!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada prousim@gmail.com

Share this



USIM telah menggerakkan sekumpulan sukarelawan dengan kekuatan sejumlah 35 orang pelajar dan 7 orang staf bagi membantu mangsa banjir di daerah Segamat, Johor yang bermula pada Rabu, 8 Mac 2023. 

Penyelarasan bantuan dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti Malaysia (MASKUM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Bahagian Mahasiswa Holistik (BMH) dan USIM tidak ketinggalan bersama Universiti Awam yang lain untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.


Lagi cerita-cerita sedih berkaitan mangsa-mangsa banjr

 


Misi bantuan kali ini adalah bagi tujuan pembersihan lokasi dan menyampaikan sumbangan ‘Bakul Rahmah’ yang mengandungi bekalan asas harian kepada mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terpilih.

Menurut Ketua Pasukan Misi Bantuan Banjir, Mohd Fazhiruddin Kamaruddin, melalui kerjasama dari Jabatan Pendaftar yang diketuai Dato' Muhammad Haizuan Rozali serta Pusat Wakaf dan Zakat USIM, sejumlah 200 Bakul Rahmah dan 100 Bakul Bantuan Persekolahan yang bernilai RM23,000 telah disumbangkan kepada mangsa-mangsa yang memerlukan.



Sementara itu, Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) turut melahirkan rasa syukur dan bangga dengan pelajar USIM yang menjadi sukarelawan walaupun ketika dalam tempoh cuti semester. 

Pelajar-pelajar ini sanggup bangun dan bersiap seawal jam 4.30 pagi untuk sama-sama menggembleng tenaga memberikan bantuan kepada kumpulan masyarakat yang memerlukan.



”USIM sentiasa peka dengan keperluan semasa, dan cakna terhadap masyarakat terutama apabila melibatkan kawasan yang ditimpa bencana serta sentiasa berusaha untuk membantu dalam apa jua keadaan. Semoga lebih ramai pelajar memiliki semangat waja dan berempati dari kalangan warga USIM,” ujarnya lagi. - KitaReporters/USIM


10
13
0
12
0
You will be interested