Kampus & Pendidikan 30 Mar, 2024

Terbaiklah Cargill dan YSM! Program Back To School sasar 60 sekolah! Untuk bantu lebih 3,000 pelajar!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Program ‘Back To School’ untuk pelajar sekolah rendah daripada keluarga B40 adalah inisiatif kerjasama antara Cargill (M) Sdn Bhd dan Yayasan Salam Malaysia (YSM) untuk membantu kanak-kanak daripada komuniti kurang berkemampuan mendapatkan keperluan peralatan persekolahan yang sesuai. 

Program ini menyasarkan untuk mencapai ke lebih 60 sekolah demi menyokong lebih 3,000 pelajar dari kawasan yang memerlukan di bandar dan luar bandar di Malaysia dalam tempoh dua tahun.

Hampir 69 murid menerima sumbangan masing-masing pada Majlis Penyampaian Sumbangan Program Back To School di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Melut (A), Kampung Orang Asli Sungai Melut, Sepang, Selangor pada 22 Mac 2024.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pemegang Amanah YSM, Dato’ Mior Kamarulbaid Mior Shahid dan Naib Presiden Cargill Care, Alan Tan. Turut hadir Guru Besar sekolah, Muhammad Razi Makirin.




Melalui program ini, Cargill dan YSM membantu murid-murid daripada keluarga B40, komuniti Orang Asli dan anak-anak yatim untuk meneruskan pelajaran. 

Ini dilakukan dengan memupuk semangat untuk belajar dengan menyediakan peralatan asas sekolah yang lebih baik termasuk beg sekolah, buku latihan, set alat tulis, pad nota, pensel, botol air, bekas bekal makanan dan peralatan lain yang berkaitan. 

Program ini bukan sahaja bertujuan membantu mengurangkan perbelanjaan keluarga yang memerlukan malah turut menyokong masyarakat dalam usaha untuk menjadi lebih berdaya saing melalui pendidikan.

Pada sesi persekolahan 2024, seramai 1,485 murid sekolah rendah dan  pelajar sekolah menengah menerima bantuan melalui program ini. 

Diharap Program Back To School ini dapat meringankan beban keluarga yang sebahagiannya masih terkesan dengan Covid-19 dan situasi ekonomi yang kian mencabar.

Pendidikan telah terbukti mengubah kehidupan menjadi lebih baik. Atas sebab inilah Yayasan Salam Malaysia bekerjasama dengan Cargill untuk menyokong generasi muda yang bukanmsahaja dapat membina masa depan yang lebih baik untuk diri mereka sendiri tetapi juga mengubah keadaan sosioekonomi keluarga mereka dalam masa terdekat. - KitaReporters/Kenyataan Media


17
7
0
11
0
You will be interested