Kampus & Pendidikan 20 Sep, 2023

Hubungi Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 0192615999! Orang ramai atau mangsa buli boleh terus lapor!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Kanak-kanak ada pewaris masa hadapan negara dan disebabkan itu proses pembesaran mereka amat penting bagi melahirkan generasi yang boleh memacu negara ke arah lebih baik.

Namun jika kebajikan mereka sering terganggu dari segi mental, seksual, buli, penderaan fizikal dan beberapa perkara lain yang boleh memberi kesan negatif kepada seseorang itu, pasti perkara itu akan terbantut dan ini akan merugikan masa depan negara itu sendiri.

Kita boleh melihat trend terkini salah laku termasuk dera daan buili terhadap kanak-kanak sehingga remaja amat menakutkan dan ini perlu dielakkan daripada berterusan. 

Oleh itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius berkenaan hal ini dan mengambil langkah sewajarnya untuk membendung permasalahan tersebut. 



Menterinya, Dato’ Seri Nancy Shukri sendiri hadir ke Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, Cheras Kuala Lumpur untuk Program Advokasi Kanak-kanak: Kasih Kanak-kanak.

Bagi memudahkan urusan mangsa atau orang awam mahupun sesiapa sahaja, boleh terus hubungi Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019 261 5999 untuk pihak yang berwajib mengambil tindakan dengan kadar segera. 

Tujuan utama program seperti ini untuk mengerakkan semua anggota masyarakat agar bersama melindungi dan membina persekitaran selamat untuk kanak-kanak.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada mengeluarkan statistik menunjukkkan pada tahun 2021, kes keganasan terhadap kanak-kanak dilaporkan berjumlah 6,144 dan terus meningkat kepada 6,770 untuk tahun berikutnya. 

Untuk tahun 2023, lima bulan pertama sahaja telah mencatat 2,959 kes. 

Melihat jumlah yang dicatatkan ini ia amat merisaukan kerana mereka yang menjadi mangsa biasanya tidak boleh membesar seperti manusai yang lain. 


Orang ramai atau mangsa buli mahupun penderaan fizikal dan mental boleh menghubungi Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019 261 5999 untuk melaporkannya. - Kredit foto: Facebook Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


Menurut KPWKM, mereka akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperluas lagi perkara ini agar semua guru dan pelajar sekolah cakna dengan perkara ini. 

Sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan masalah pembulian atau penderaan ini kepada mereka yang tidak bersalah. - KitaReporters 

8
12
0
14
0
You will be interested