Kampus & Pendidikan 21 Nov, 2023

Tahniah Nik Suryani Megat Deraman! Bekas personaliti TV3 ajak wartawan sambung pengajian di UUM!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Nik Suryani Megat Deraman bersama graduan UUM.

Bekas personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman menerima Sarjana Sains Kewartawanan Multimedia sempena konvokesyen ke-36 Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 20 Novermber 2023.

Katanya, dia menghabiskan dalam setahun pengajiannya merangkumi course work dan thesis selama tiga bulan.



Nik Suryani menerima Sarjana Sains Kewartawanan Multimedia sempena konvokesyen ke-36 UUM.

Nik Suryani memohon untuk pengajian sarjana di kampus UUM ini dengan pengalaman bekerja selama 22 tahun dan mempunyai diploma dalam penyiaran daripada Akademi TV3.

Beliau melanjutkan pengajian Sarjana Sains Kewartawanan Multimedia ini dengan sokongan suaminya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Saya bukan sahaja berminat untuk memiliki Sarjana malah dengan ledakan era teknologi yang kini kian mengalami perubahan seperti teknologi Kecerdasan Buatan atau ‘Artificial Intelligence’ (AI) maka pastinya saya juga perlu menambah ilmu,” ujarnya ketika ditemui.

Beliau yang memiliki agensi media sendiri dan masih menulis dan memiliki portal sendiri walaupun telah bersara daripada TV3 namun sentiasa mengadunkan teknologi terkini dalam penghasilannya.


Nik Suryani bersama suami dan anak-anaknya.

“Saya juga berharap lebih ramai rakan wartawan senior akan menjejak langkah wartawan lain sebelum ini untuk memilih UUM untuk menyambung pengajian mereka baik dalam bidang sarjana muda, sarjana ataupun doktor falsafah (PhD) dengan pengalaman yang ada pada mereka,”sambungnya lagi.

Kini AI telah menjadi pemangkin perubahan positif dalam pelbagai aspek kehidupan dan sebagai graduan yang cemerlang, seharusnya memanfaatkan AI dengan bijak demi meningkatkan produktiviti, prestasi, kemahiran dan berkeupayaan dalam pekerjaan untuk menjadi lebih berdaya saing. - KitaReporters


Nik Suryani gembira kerana berjaya menerima Sarjana Sains Kewartawanan Multimedia.

11
11
0
10
0
You will be interested