Kampus & Pendidikan 27 Jul, 2022

Terbaiklah! UMT, KRU tandatangan MoU! Jalin kerjasama dalam bidang keusahawanan, industri kreatif!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this

Dr Mazlan (tengah) dan Norman Abdul Halim (dua dari kiri) menandatangani MOU persefahaman dalam bidang industri kreatif.


UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Yayasan KRU dan KRU Entertainment dalam usaha memperkasakan bidang keusahawanan dan industri kreatrif. MOU ini juga merupakan usaha kedua-dua pihak bagi menyokong keterlibatan industri dengan ahli-ahli akademik. 

Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata, kolaborasi ini diterajui Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri, UMT untuk berganding bahu bersama industri melalui program-program yang akan dijalankan secara bersama antara kedua-dua belah pihak terutama dalam bidang keusahawanan digital dan industri kreatif.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus UMT


Dr Mazlan  Abd Ghaffar 

Katanya, menerusi kerjasama itu pelbagai peluang kerjasama dari pelbagai latar belakang industri kreatif dilihat boleh dijalankan secara bersama dengan KRU seperti penerbitan buku dalam bentuk eBook serta audio book, dan platform keusahawanan iLike – eCommerce untuk mempamerkan produk hasil inovasi pelajar dan staf seperti dalam platform Shopee, Lazada, dan seumpamanya.


Norma dan Dr Mazlan bertukar-tukar nota MOU


Beliau berkata, jalinan kerjasama strategik MOU antara UMT dengan KRU Entertainment dan Yayasan KRU ini akan dapat diperkasa demi meningkatkan kemahiran bakat mahasiswa dan siswazah UMT menerusi pelbagai program latihan ‘up-skilling’ dan ‘re-skilling’ dalam keusahawanan digital. 

“kerjasama ini juga akan diteruskan dalam pembangunan bakat yang melibatkan ahli akademik, staf Pengurusan dan Profesional serta sokongan UMT melalui sangkutan industri serta program latihan dalam bidang seni kreatif,” katanya lagi. 

Majlis yang berlangsung di ibu pejabat KRU di Cyberjaya tersebut menyaksikan UMT diwakili Naib Canselor UMT, Dr. Mazlan, manakala Yayasan KRU dan KRU Entertainment diwakili Presiden Yayasan KRU, Datuk Norman Abdul Halim dan Zarina A. Rahman, Naib President Operasi KRU Entertainment.


Norman dan Dr Mazlan sedang berbincang mengenai kerjasama KRU dan UMT


Sementara itu Datuk Norman yang mewakili KRU dalam ucapannya berkata, KRU sedang giat menjalinkan kerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi dalam usaha memartabatkan lagi platform keusahawanan digital dan industri kreatif yang boleh dilakukan dalam pelbagai cara walaupun daripada latar belakang yang berbeza. 

Ujarnya lagi, penglibatan bersama industri dan ahli akademik diharapkan akan melahirkan lebih ramai usahawan yang kreatif pada masa akan datang dalam menjana ekonomi negara.

Kerjasama ini bakal meningkatkan kualiti pendidikan dan melahirkan lebih ramai usahawan digital dalam kalangan mahasiswa dan siswazah khususnya serta bakat, kreativiti dan kualiti kerja warga UMT cemerlang. - KitaReporters


Bergaambara kenangan selepas sesi menandtangani MOU

 

13
16
1
7
0
You will be interested