Kampus & Pendidikan 02 Aug, 2022

Tahniah dan selamat datang ke UniSZA! 1,845 pelajar baharu mendaftar! Sertai Minggu Mesra Siswa!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


Sebahagian pelajar baharu sedang mendaftar di UniSZA


SERAMAI 1,845 pelajar baharu mula mendaftar masuk di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Nerus, Terengganu bagi sesi Akademik 2022/2023 yang bermula pada 1 Ogos 2022. 

Kemasukan pelajar baharu ke kampus universiti tersebut adalah secara berperingkat-peringkat iaitu 200 pelajar asasi pada 1 Ogos 2022 dan 1,685 pelajar diploma pada 8 Ogos 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus UniSZA


Dr Fadzli Adam


Naib Cancelor UniSZA, Profesor Dr Fadzli Adam berkata,  pihak universiti telah membuat persediaan untuk menerima kemasukan pelajar-pelajar baharu tersebut. 

Kesemua pelajar baharu ini akan mengikuti pengajian dalam asasi sains dan perubatan serta 24 program diploma di tujuh fakulti.

Katanya, sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka juga adalah sepenuhnya secara fizikal.


Pelajar baharu sedang mengisi borang kemasukan ke UniSZA


Menurutnya, seramai 1,845 pelajar baharu itu akan menjalani Minggu Mesra Siswa (MMS) selama lima hari bermula 8 hingga 12 Ogos 2022. Pelajar terbabit adalah dalam bidang Asasi Sains dan Perubatan dan Diploma.

"Kita mungkin akan menerima lagi jumlah pelajar baharu yang telah memohon bagi fasa rayuan dan sedang diproses oleh pihak KPT,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad 1 Ogos 2022.

Beliau berkata, warga kampus mengucapkan tahniah dan selamat menjadi Keluarga UniSZA kepada mereka yang berjaya serta mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu yang akan mendaftar tidak lama lagi. - KitaReporters


Urusetia sedang memberi taklimat kepada pelajar baharu UniSZA

 

 

17
10
2
12
0
You will be interested