Kampus & Pendidikan 09 Oct, 2021

PDRM-UUM kerjasama bangunkan sistem! Nilai kompetensi tingkah laku kepimpinan dan pengurusan!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Deputi Komisioner Polis (DCP), Dato’ Sanusi Sidek, Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia), Jabatan Pengurusan, PDRM (kiri) bersama Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah (kanan). 


Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Penyelidik Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) Universiti Utara Malaysia (UUM) bekerjasama dalam membantu Bahagian Dasar Sumber Manusia untuk membangunkan sistem Penilaian Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan dan Pengurusan PDRM

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, cetusan idea kerjasama PDRM-UUM ini adalah hasil lawatan pasukan penyelidik SBM ke PDRM, Bukit Aman pada 30 September 2020 dan diikuti dengan hasil lawatan delegasi PDRM yang diketuai Dato’ Ramli Din, Pengarah Pengurusan, Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Bukit Aman, pada 7 Januari 2021.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PDRM


Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah. 


Katanya, kumpulan penyelidik SBM yang diketuai Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Mohd Isa bersama 11 penyelidik lain terlibat dengan projek membangun instrumen dan melaksanakan penilaian kompetensi tingkah laku bagi gred perjawatan strategik 54 (YA24), 52 (YA22) dan 48 (YA20).

“Hasil sesi perbincangan dan pembentangan cadangan serta pelaksanaan projek yang diadakan pada Januari 2021 itu telah dipersetujui pihak PDRM dan disusuli dengan proses pelaksanaan penilaian perjawatan Asisten Komisioner Polis (ACP) ke perjawatan Senior Asisten Komisioner (SAC) telah dimulakan dengan beberapa siri bengkel,” katanya ketika berucap di majlis penyerahan surat penghargaan dan pengiktirafan pakar daripada Ketua Polis Negara oleh wakil Ketua Polis Negara iaitu Deputi Komisioner Polis (DCP), Dato’ Sanusi Sidek, Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia), Jabatan Pengurusan, PDRM di Bilik Mesyuarat Senat UUM.


Kumpulan penyelidik SBM yang diketuai Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Mohd Isa (kiri) bersama 11 penyelidik lain terlibat dengan projek membangunkan instrumen dan melaksanakan penilaian kompetensi tingkah laku bagi gred perjawatan strategik 54 (YA24), 52 (YA22) dan 48 (YA20). 


Antara pengisian bengkel yang diadakan ialah menyemak, memurnikan deskripsi kerja, spesifikasi kerja jawatan strategik, membangunkan Kamus Kompetensi, membangunkan Instrumen Penilaian Kompetensi dan Rubrik bagi penilaian kenaikan pangkat jawatan strategik PDRM.

Selain daripada itu, penilaian juga dibuat berasaskan sembilan jenis kompetensi iaitu membina hubungan, kecerdasan budaya, meneraju perubahan, ketulenan, ketelusan, visi strategik, aura ketokohan, memacu halatuju dan juga pembentangan bagi memastikan kesahan pemarkahan penilaian tersebut.


Prof. Madya Dr. Fadzli Shah Abd Aziz (kiri) menerima surat penghargaan daripada DCP Dato' Sanusi Sidek.

Dalam pada itu Deputi Komisioner Polis (DCP), Dato’ Sanusi Sidek ketika berucap pada majlis itu menyifatkan jalinan kerjasama ini sebagai satu Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang memberi impak besar kepada PDRM khususnya untuk pengurusan sumber manusia.

“Dengan kerjasama ini banyak lagi potensi dapat digembleng antara pihak PDRM dan UUM bagi mencapai objektif yang ditetapkan,” ujar beliau lagi.

Pada majlis, Dato’ Sanusi Sidek turut menyerahkan Surat Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN) kepada UUM serta 12 penyelidik UUM.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan dan Perjawatan), Jabatan Pengurusan PDRM, Deputi Komisioner Polis (DCP), Puan Siti Mariam Salikin; Pendaftar UUM Ahmad Rasidi Abdullah dan Dekan SBM Prof. Dr. Salniza Md Salleh. - KitaReporters


Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Othman (kiri) menerima surat penghargaan daripada Deputi Komisioner Polis (DCP) Dato' Sanusi Sidek.

Album kenangan sempena Majlis Penyerahan Surat Penghargaan dan Pengiktirafan Pakar UUM daripada PDRM.

15
8
0
12
0
You will be interested