Menara Gading 13 Jan, 2021

Video| Cabaran COVID-19 di UUM! Berjaya tangani berkat sabar, saling membantu pelajar, warga!

@samsudin oli mohamed
34 tahun berpengalaman sebagai Jurufoto Berita Harian, Jurufotografi UUM, Wartawan bebas Akhbar Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia, Kosmo, Sinar Harian, Majalah Pendidik, Dewan Masyarakat, Rtm Kedah/Perlis, Penceramah Fotografi, kewartawanan

Share this

KETELUSAN serta sikap sabar dan bersedia membantu ketika pandemik Penyakit Koronavirus-2019 (COVID-19) pada tahun 2020 dalam kalangan pelajar dan staf Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Utara Malaysia (UUM) dihargai pihak pengurusan universiti. : KitaReporters



Dr Hendrik Lamsali (kiri) berucap kepada staf HEPA. 


Lagi laporan-laporan menarik berkaitan UUM:

https://kitareporters.com/search?search=UUM


Timbalan Naib Canselor (TNC) HEPA Prof Madya Dr Hendrik Lamsali berkata, walaupun tidak menyangka kerajaan akan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 namun warga kampus ini bersatu hati membantu bagi menangani pandemik ini.

"Bukan mudah untuk menutup kampus dan mengawal pergerakan pelajar dan staf dari keluar dan masuk ke universiti ini tetapi dengan kesepakatan dalam kalangan pelajar dan staf kita berjaya menanganinya," kata beliau pada Majlis Amanat sempena tahun baru 2021 di Dewan Tan Sri Osman Yeop Abdullah (DTSP) UUM.


Majlis Amanat TNC HEPA UUM



Pihak universiti, kata Dr Hendrik, bangga dengan sikap semua warga kampus dan pihak luar kerana sama-sama membantu menangani pandemik ini.

Beliau menambah kekuatan warga HEPA ini ialah kerana reda dan bersyukur dengan ujian Allah ini.

Sejak kerajaan mengumumkan PKP sumbangan dan bantuan tidak henti-henti diterima sama ada dalam bentuk tenaga, kewangan, barangan, motivasi, kerjasama dan nasihat. 

Kesemua ini adalah cabaran dan norma baru bukan sahaja bagi warga kampus malah negara dan dunia.

Menangani isu pembelajaran dan memberi bantuan dari semua aspek termasuk pengajian, kebimbangan waris, pelajar dari dalam dan luar negara serta dalam kalangan staf merupakan cabaran utama ketika COVID-19.

Namun kesepakatan dan ketelusan warga kampus dengan jalinan hubungan rakan strategik, agensi, Badan Bukan Kerajaan (NGO), kerajaan, dan lain-lain telah memudahkan pihak UUM menanganinya sepanjang 2020 hingga awal 2021 ini.


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Dr Mansor Othman (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan ketika lawatan ke kampus UUM.


Sumbangan daripada food bank kepada pelajar di kampus UUM diagihkan oleh Naib Canselor (empat dari kanan).


"Dalam melangkah ke tahun 2021 yang penuh cabaran ini, HEPA UUM juga tidak sunyi daripada aktiviti walaupun 2020 telah dilaksanakan PKP namun pelbagai aktiviti telah dianjurkan, antaranya pengagihan komputer riba, penyerahan pelitup muka, Personal Protective Equipment (PPE), sanitizer dan lain-lain," ujar Dr Hendrik lagi.

Dalam pada itu aktiviti peringkat kelas, persatuan, kelab dan inapan siswa juga dijalankan secara dalam talian.

Walaupun fenomena aktiviti secara dalam talian ini baharu, namun staf dan pelajar juga terus diberi ruang dan peluang untuk menjalankan aktiviti inasis, seminar, bengkel, forum, pertandingan, kuiz baik pada peringkat universiti, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.


Pelajar UUM menangi pertandingan yang dianjurkan secara dalam talian.


Pusat Budaya dan Seni UUM merangkul enam anugerah walaupun ketika pandemik COVID-19.


Beberapa pencapaian juga diungguli oleh HEPA UUM antaranya berjaya menganjurkan Seminar Kaunseling Sukarelawan Kebangsaan, Anugerah Seni Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM), Pertandingan Perbicaraan (MootCourt), silat kebangsaan, memperolehi Geran Penjana KPT-Cap, Pertandingan Pidato Bahasa Melayu, Mandarin, Debat Bahasa Tamil, Johan Pidato Bahasa Inggeris (PNU Naratiwat, Thailand) dan BGS Highest Chapter Honors.

Cabaran tahun 2021 juga diharap dapat ditangani oleh warga HEPA dengan menyambut kepulangan pelajar ke kampus, menguruskan pembangunan pelajar norma baru dan memberi perkhidmatan terbaik nanti.



Dr Hendrik ketika taklimat semasa penghantaran pulang pelajar ke kampung ekoran pelaksanaan PKP.


Pelajar Indonesia dari UUM berlepas pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Majlis watikah pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) diadakan mengikut SOP.


Bagi mengatasi semua itu HEPA telah bersedia dengan agenda penjenamaan diri dan jabatan secara mesra dan memberi lebih daripada yang diminta selain daripada menjalinkan hubungan yang rapat dengan pelajar dan pihak-pihak yang berkenaan.

Dr Hendrik dalam ucapan itu turut menekankan hala tuju HEPA dan UUM untuk Fasa 3 – Teras 6: Pelan Strategik HEPA 2021-2025 dan hasrat menjadikan Jabatan dan HEPA terbaik nanti.

Pada majlis itu, Prof Madya Dr Hendrik turut menyampaikan watikah pelantikan dan penyerahan ‘management pack’ serta penyampaian sijil kepada frontliners. - KitaReporters


Staf mendengar amanat tahun baru.


Pengarah CEDI Prof Dr Chandrakantan Subramaniam (kanan) terima management pack daripada Dr Hendrik.

You will be interested

Trend era digital, maya! UniSZA bina Studio al-Quran yang pertama! Untuk perkasa PdP hafazan

UniSZA mengorak langkah perkasakan pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam aspek pembacaan dan hafazan al-Quran dengan bangunkan Studio al-Quran yang pertama

Mohammad Ishak in Menara Gading 3 weeks ago

Video| Kena patuhi SOP! Pelajar UUM tak dihalang anjur program bersemuka masa PKP - Dr Hendrik

Sejak PKP diumumkan pada 2020, pelajar UUM tak dihalang untuk jalankan aktiviti mereka namun perlu patuhi SOP yang ditetapkan - Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 3 days ago

Program Hero Komuniti Perdana! Sukarelawan UniSZA turun padang bantu mangsa banjir di Kemaman

Program Hero Komuniti Perdana UniSZA sebagai satu inisiatif untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik telah digerakkan untuk bantu mangsa-mangsa banjir
Mohammad Ishak in Menara Gading 1 week ago

Video| Tingkatkan mutu bola sepak! UniSZA jalin kerjasama dengan kelab Terengganu Football Club

UniSZA jadi institusi pendidikan tinggi pertama di Terengganu jalinkan kerjasama dengan Terengganu Football Club (TFC) bagi tingkatkan mutu bola sepak negeri
Mohammad Ishak in Menara Gading 2 weeks ago

UiTM gerakkan 15,000 sukarelawan turun bantu mangsa banjir! Lancarkan Tabung Bencana Banjir!

UiTM gerakkan 15,000 sukarelawan untuk bantu mangsa banjir yang melanda beberapa negeri. Misi pascabanjir itu libatkan warga dan alumni dari seluruh cawangan
Sarfarizmal Saad in Menara Gading 2 weeks ago