Kampus & Pendidikan 11 Dec, 2021

Syabas UIAM! Jalin 6 kerjasama! Pertukaran ilmu, kepakaran! Kukuhkan hubungan akademia, industri!

@roslan rusly
14 Tahun pengalaman dalam Perhubungan Awam dan Media. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar(SUA). Banyak menyiarkan berita-berita dan rencana di portal berita dan akhbar.

Share this

Jalinan kerjasama antara UIAM dan Industri termeterai dalam satu majlis secara maya.


UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melalui Pejabat Jaringan Industri (OIL) UIAM perkukuhkan jaringan akademia dan industri melalui lima Memorandum Persefahaman (MoU) dan satu Perjanjian Penyelidikan Kontrak (CRA) yang melibatkan tiga buah syarikat, dua buah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dan satu dari perusahaan sosial.

Organisasi yang terlibat dalam kerjasama ini ialah Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Pertubuhan Kebajikan Ikhlas Pahang, i-NAI Venture Holdings Sdn. Bhd., Mercy Malaysia, Singularity Aerotech Asia Sdn. Bhd. dan Juwara Resources & Trading (M) Sdn. Bhd.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan UIAM



DZULKIFLI ABDUL RAZAK


Kerjasama yang dimeterai ini adalah untuk mengukuhkan jalinan kerjasama antara universiti dan organisasi atau industri yang melibatkan kerjasama akademik dan pentadbiran serta pertukaran ilmu dan kepakaran dalam bidang masing-masing. 

Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) yang berlangsung secara maya baru-baru ini.

UIAM diwakili Rektor, Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak. Mercy Malaysia diwakili Presidennya Datuk  Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus. Manakala Majlis Kanser Nasional (MAKNA) diwakili oleh Pengurus Besar Puan Farahida Mohd Farid. 

Bagi pihak Pertubuhan Kebajikan Ikhlas Pahang diwakili oleh Presidennya, En. Micheal Sia. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singularity Aerotech Asia Sdn. Bhd diwakili Hafeiz Murshidie Hassan, Manakala bagi i-NAI Venture Holdings Sdn. Bhd diwakili Pengarah, Nik Ahmed Mazlan Nik Mahidin, dan Juwara Resources and Trading (M) Sdn. Bhd. diwakili Pengarah, Dato' Mohamed Hedzir Hj. Shafii.



Menurut Rektor UIAM, inisiatif MoU dan CRA ini adalah untuk menjalin dan meningkatkan kerjasama secara rasmi antara universiti dan industri dalam pelbagai bidang sosial dan teknologi

Kerjasama dengan enam organisasi tempatan adalah untuk mengukuhkan lagi penyelidikan, inovasi dan pemindahan pengetahuan dalam bidang kemanusiaan, teknologi dan seni.

“Diharapkan melalui kerjasama ini, UIAM dan enam organisasi yang terlibat dapat bertukar kepakaran dan pengetahuan yang lebih meluas. 

"Selain itu, pelajar dan kakitangan juga boleh menerima faedah dari segi penyelidikan dan perundingan, serta latihan akademik dan industri yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak," katanya.



Perjanjian yang dimeterai akan melibatkan Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar (KAED) UIAM, manakala pejabat dan pusat yang terlibat ialah Pejabat Hubungan Industri (OIL), Sultan Ahmad Shah Medical Centre @UIAM dan Centre for Unmanned Technologies (CUTe).

“Kerjasama yang diwujudkan hari ini juga akan menambah nilai potensi dan bakat kepada organisasi yang terlibat dalam memberikan hasil terbaik melalui kualiti pengajaran, penyelidikan dan inovasi.

"Ia juga akan menjadikan UIAM ni sebagai satu gerbang rujukan serantau bukan sahaja dalam hal akademia tetapi dalam jaringan industri juga”, ujar Dzulkifli lagi . - KitaReporters


                                                                                    

9
9
0
14
1
You will be interested