Menara Gading 22 Jan, 2021

Tahniah UIAM! Dapat pengiktirafan piawaian SIRIM! SASMEC @IIUM diperakui dua persijilan ISO!

@roslan rusly
12 Tahun pengalaman dalam Perhubungan Awam dan Media. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar(SUA). Banyak menyiarkan berita-berita dan rencana di portal berita dan akhbar.

Share this



Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah @IIUM (SASMEC @IIUM) yang terletak di Kuantan, Pahang merupakan hospital pengajar yang pertama di Malaysia diperakui dengan dua pensijilan Organisasi Piawaian Antarabangsa (ISO) iaitu ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti) dan MS 1900:2014 (Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah) oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan UIAM:

https://kitareporters.com/search?search=UIAM 


Pengarah Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Saufi Awang berkata hospital telah mencipta satu penanda aras dengan menyelesaikan ketiga-tiga Laporan Ketidakpatuhan (NCR) yang diterima pada tahap kedua oleh SIRIM untuk ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti) dalam tempoh satu hari. 

Justeru menjadikan SASMEC @IIUM sebagai pelopor dalam kalangan hospital pengajar di Malaysia untuk menerima pengiktirafan untuk kedua-dua sistem kualiti secara serentak. 

“Seperti hospital lain, biasanya pensijilan ISO berdasarkan jabatan atau unit tertentu, tetapi bagi kami, SASMEC @IIUM berjaya menerima pensijilan ISO dalam menggabungkan klinikal dan pentadbiran dalam masa yang sama,” ujarnya.



Beliau berkata pada mulanya pihak hospital tidak bersedia untuk meneruskan proses pensijilan ke tahap yang kedua dan akan dilanjutkan pada tahun 2021 ekoran situasi pandemik COVID-19 serta NCR yang diterima oleh SIRIM pada tahap pertama yang memerlukan ketelitian yang menyeluruh. 

Namun hasil kerjasama dan usaha yang dijalankan, SASMEC@IIUM berjaya menyelesaikan hampir kesemua isu berkaitan yang diterima pada bulan Ogos. 

“Pada bulan November 2020, kami telah pun bersedia lebih awal akan semua proses dokumentasi yang diperlukan dengan mengadakan latihan dengan jabatan yang berkaitan dan berunding dengan kampus UIAM untuk memastikan kelancaran proses tersebut," ujarnya. 

SASMEC @IIUM berjaya memperoleh pensijilan tersebut dan melakar sejarah apabila menjadi hospital pengajar yang pertama di Malaysia memiliki pensijilan MS 1900:2014, iaitu Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Shariah dengan memilik sifar NCR oleh SIRIM. 

“Kami akan mengambil bahagian dalam Malaysia Book of Record dan diharapkan kami bukan sahaja menjadi hospital pengajar yang pertama di Malaysia yang mendapat perakuan seperti berikut bahkan menjadi penanda aras kepada hospital pengajar yang lain dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat”, tambahnya. 


 


Sementara itu, SASMEC @IIUM juga kini sedang berusaha menuju ke satu lagi pengiktirafan sebagai hospital mesra bayi dengan mewujudkan Pusat Susu Bonda Halimatussadia yang pertama di Malaysia

Projek hospital mesra bayi itu mengetengahkan kelebihan susu ibu, terutama bagi bayi pramatang yang mudah terdedah kepada risiko radang usus yang boleh menjadi teruk jika mereka diberikan susu formula. 

Dr. Saufi Awang berkata projek tersebut sedang menuju ke fasa yang seterusnya setelah diberi persetujuan oleh Mufti Pahang dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). - KitaReporters


You will be interested

Video| Cabaran COVID-19 di UUM! Berjaya tangani berkat sabar, saling membantu pelajar, warga!

Ketelusan serta sikap sabar dan bersedia bantu ketika pandemik COVID-19 pada 2020 dalam kalangan pelajar dan staf jadi punca bagi UUM berjaya hadapi wabak itu

Video| Kupon Kasih: Terima kasih UUM! Kupon makanan bernilai RM8,400 untuk pelajar di Sintok!

Kupon makanan bernilai RM8,400 tdiedarkan kepada 120 pelajar yang menetap di kampus UUM Sintok, yang bolehkan para pelajar beli makanan di kafeteria universiti
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 2 weeks ago

Tolong kami! Bantu pelajar IPT! Semakin ramai rasa tertekan, alami kemurungan belajar online!

Ramai pelajar universiti mengaku mereka rasai tekanan kerana pembelajaran online. Akibat itu, antara mereka alami kemurungan dan tekanan yang agak membimbangkan
Hariyati Ariffin in Menara Gading 2 weeks ago

Video| Barangan keperluan dah berkurangan! Tapi UUM terus agih makanan! Alu-alukan sumbangan!

Barangan makanan di pusat mengumpul foodbank UUM makin berkurangan disebabkan PKP berlarutan namun pihak universiti terus berusaha untuk jaga kebajikan pelajar
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 4 weeks ago

Video| Kena patuhi SOP! Pelajar UUM tak dihalang anjur program bersemuka masa PKP - Dr Hendrik

Sejak PKP diumumkan pada 2020, pelajar UUM tak dihalang untuk jalankan aktiviti mereka namun perlu patuhi SOP yang ditetapkan - Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 1 month ago