Kampus & Pendidikan 16 Sep, 2023

150 sertai Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan Ke-2! Memperkasa disiplin dan praktis kerja sosial!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Sebahagian peserta yang menyertai PESAN 2.

Lebih 150 peserta menghadiri Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan Kali-2 (PESAN 2) di Institut Sosial Malaysia (ISM) pada 13 dan 14 September 2023.

Persidangan dua hari ini disertai agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ISM, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), pekerja sosial, pendidik kerja sosial dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT), pelajar siswazah, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa agensi lain.


Prof Dr Azlinda Azman.

Prof Dr Mohd Foad Sakdan.


Sempena persidangan ini Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Prof Dr Azlinda Azman turut menyampaikan ucaptama.

Manakala beberapa pelajar sarjana dan pengamal kerja sosial turut membentangkan kertas kerja mereka.

Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan yang ditemui berkata, persidangan yang dianjurkan oleh Program Pengurusan Kerja Sosial, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP), Universiti Utara Malaysia (UUM) secara hybrid ini diharap dapat dikongsi oleh intelektual sebagai wahana dalam memperkasa dan memartabatkan disiplin dan praktis kerja sosial di Malaysia khususnya. 



Moga PESAN Ke-2 yang bertemakan Kerja Sosial Mendepani Dunia Ekososial Baharu ini dapat berkongsi idea bagi mencapai kesepakatan dalam mendepani dunia ekososial baharu nanti.

“Saya yakin keilmuan dan pengalaman semua peserta dapat digemblengkan ke arah mewujudkan Malaysia yang maju, sejahtera dan harmoni nanti,” ujar beliau lagi. - KItaReporters


Urusetia yang terlibat dengan persidangan ini terdiri dari pensyarah dan pelajar bergambar kenangan di ISM.

10
11
0
14
0
You will be interested