PROGRAM Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 peringkat Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Lenggong, Perak amat bermakna dan merupakan salah satu kaedah mengukuhkan lagi semangat patriotrisme dalam diri generasi muda khusus pelajar kolej berkenaan.
Ketua Program Teknologi Kejuruteraan (Penyelenggaraan Loji) yang juga Ahli Jawatankuasa Unit Media Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional MARA (TVETMARA) KKTM berkenaan, Asmar Suid, berkata ini secara tidak langsung bagi memastikan mereka sentiasa terus berdaya saing ke arah kebaikan dan juga mempromosikan jenama TVETMARA serta KKTM Lenggong supaya setaraf institusi pendidikan tinggi yang lain.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan KKTM
Pengarah
KKTM Lenggong, Wan Sabri Wan Ismail ketika berucap merasmikan penutupan program
berkenaan mengingatkan generasi hari ini terutama pelajar kolej itu untuk
mensyukuri nikmat kemakmuran serta keamanan negara sekarang dalam keadaan tiada
persengketaan dan penjajahan dari luar.
Beliau berkata, keamanan dan kemakmuran yang dinikmati itu bukanlah datang bergolek begitu sahaja tetapi adalah hasil perjuangan mereka terdahulu yang tidak pernah berputus asa berjuang hingga ketitisan darah terakhir menentang penjajah.
Mengambil contoh perjuangan Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan Munas yang berjuang menentang penjajahan Inggeris di Kelantan hingga terbunuh dan mayatnya diarak dari Pasir Puteh ke Kota Bharu untuk digantung di Padang Merdeka dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
Menurutnya,
pelajar tidak seharusnya melupai 31 Ogos 1957 iaitu tarikh keramat bagi negara kita
apabila pada tanggal itu bermula bebas daripada penjajahan Inggeris yang boleh
mencorakkan pentadbiran negara mengikut acuan kita sendiri.
“Kita juga jangan lupa dan perlu mengingati tarikh pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 apabila Sabah dan Sarawak turut menyertai bersama Persekutuan Malaysia.
Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan Munas yang berjuang menentang penjajahan Inggeris di Kelantan.
“Kemerdekaan negara adalah satu anugerah daripada Allah yang perlu kita jaga dan disayangi. Manakala penyatuan Malaysia menandakan nilai kebersamaan sebuah keluarga sebagai Keluarga Malaysia yang sudah dikecapi bersama sejak sekian lama,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung yang dapat diikuti semua pelajar kolej dan warga KKTM berkenaan dalam pautan Facebook pada 24 September 2021 lalu.
Majlis itu dikendalikan oleh dua moderator iaitu Pegawai Media dan Pustakawan, Norhafez Saidin dan Pensyarah Program Teknologi Kejuruteraan Biokimia (Makanan) KKTM berkenaan Mohamad Nurudin Abu Saare.
Dua moderator Norhafez (kiri) dan Mohamad Nurudin mengacarakan majlis penutupan program berkenaan.
Pensyarah Pengajian Islam, Muhd Nabigh Hashim pula menyampaikan pengisian bertajuk Rohani Merdeka manakala Pensyarah Pengajian AM KKTM berkenaan Noraslan Norasim mendeklamasi sajak hasil nukilannya sendiri berjudul Syuhada Pertiwi.
Majlis itu kemudiannya diserikan dengan nyanyian lagu patriotik yang disampaikan pelajar KKTM itu, Muhammad Aiman Mohamed Pauzi sambil memetik gitar dan Asmar yang menyampaikan lagu bertajuk Warisan.
Muhd Nabigh (kiri) menyampaikan pengisian bertajuk Rohani Merdeka pada program itu.
Noraslan atau Pak Lan mendeklamasi sajak hasil nukilannya sendiri berjudul Syuhada Pertiwi.
Wan Sabri berkata, pelajar hendaklah menghargai dan mengambil iktibar dua peristiwa sejarah itu dan kini menjadi tanggungjawab kita semua untuk mengisi kemerdekaan yang telah ditinggalkan oleh orang terdahulu.
Menurut
beliau, sehubungan itu kita mesti merancang serta melaksanakan program aktiviti
yang boleh menjadikan negara maju seperti
negara maju lain tetapi mengikut acuan kita sendiri di samping mempertingkatkan
ilmu dan menguasai teknologi terkini.
Katanya,
langkah itu perlu supaya kita tidak ketinggalan dan ia seiring dengan perkembangan
teknologi dunia selain perlu berubah sikap serta pemikiran untuk senantiasa kearah
positif dengan bersedia belajar benda yang baharu.
Beliau berkata, pelajar juga seharusnya dan belajar menerima setiap perubahan yang boleh membawa ke arah kebaikan manakala dalam organisasi atau masyarakat hendaklah senantiasa bersatu padu serta banyak melaksanakan kerja dalam bentuk jemaah, perlu ada rasa kekitaan, sayangkan organisasi serta negara.
Petikan gitar dan suara Muhammad Aiman memukau ramai yang mengikuti siaran langsung program itu.
Asmar menaikkan semangat patriotik pelajar dan warga KKTM apabila menyampaikan lagu berjudul Warisan.
“Setiap orang mempunyai kelebihan berbeza, sekiranya kita bergabung bersama akan memberi pelbagai kelebihan dan memudahkan lagi usaha kita. Seseorang itu hendaklah pandai mencari ruang dan peluang yang ada di hadapan untuk diceburi sama ada dalam negara mahu pun di luar negara.
“Usaha ini akan meningkatkan pendapatan kita atau dengan kata lain meningkatkan ekonomi diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Bagaimanapun kegagalan adalah sebahagian daripada hidup kita dan perlu belajar daripada kegagalan supaya kejayaan yang dikecapi akan berpanjangan.
“Pada masa
pandemik Covid-19 ini kita banyak
belajar menyelesaikan masalah bagi tujuan yang sama iaitu untuk mengubah
kehidupan diri dan keluarga kepada keadaan yang lebih baik,” katanya.
Wan Sabri
turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada majlis pewakilan pelajar dan
jawatankuasa sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 yang berjaya membuat
perancangan dan melaksanakan pelbagai program sebagai tanda ingatan dan keprihatinan
warga KKTM terhadap peristiwa keramat itu.
Sementara itu dalam Pertandingan Video Pendek Kemerdekaan terbuka kepada pelajar KKTM sempena program berkenaan, tempat pertama diraih oleh Muhammad Faris Najmi Mohamad Noor Fahmi, Mohamad Nur Adam Mohamad Khalidi (kedua), Nurin Fatini Abdul Niszan (ketiga), Nurul Ezzah Yasmin Zainal Masir (keempat) dan kelima Qairul Aiman Mohamed Tarmizi.
Bagi pertandingan fotografi pula, tempat pertama ialah Nurul Ezzah Yasmin Zainal Masir, Noor Aisah Mohd Yusoff (kedua), Nurul Nor Ezah Mohd Fazlan (ketiga), Nur Husna Izzati Hussain (keempat) dan kelima Mohamad Amirul Anis Ahmad Termidzi. - KitaReporters
Norhafez (kanan) menemu bual Wan Sabri dalam siaran langsung pautan Facebook program itu mengenai info herba di persekitaran kediaman beliau.