Menara Gading 02 Jul, 2021

PJJ sesi Julai 2021/22: Daftar dan menang! PACE UUM sediakan cabutan bertuah bernilai RM28,000!

@samsudin oli mohamed
34 tahun berpengalaman sebagai Jurufoto Berita Harian, Jurufotografi UUM, Wartawan bebas Akhbar Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia, Kosmo, Sinar Harian, Majalah Pendidik, Dewan Masyarakat, Rtm Kedah/Perlis, Penceramah Fotografi, kewartawanan

Share this


PUSAT Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia (UUM) menyediakan hadiah cabutan bertuah bernilai RM28,000 kepada pelajar Sarjana Muda Pendidikan Jarak Jauh  (PJJ) bagi Sesi Kemasukan Julai 2021/2022.

Pengarah PACE UUM, Prof Madya Dr Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah berkata, antara barangan yang menanti mereka ialah komputer riba, tab dan peranti-peranti lain

Bagi melayakkan pelajar untuk memenangi cabutan bertuah tersebut, mereka perlulah membuat permohonan dan mendaftar bagi kemasukan Julai 2021/2022. Tarikh tutup bagi permohonan Kemasukan Julai 2021/2022 adalah pada 23 Julai 2021


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UUM

Gambar hiasan... Pengarah PACE UUM, Prof Madya Dr Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah (baju batik) sedang menerima ikrar pelajar baharu.


Menurutnya lagi, permohonan untuk kemasukan di PJJ PACE UUM dibuka sepanjang tahun dan dibahagikan kepada empat sesi kemasukan iaitu Januari, April, Julai dan Oktober. 

Terdapat 12 pusat pengajian di seluruh Malaysia yang menawarkan lima program terpilih iaitu program Sarjana Muda Pengurusan Awam (BPM), Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA), Sarjana Muda Komunikasi (BComm), Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam (BIFB) dan Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM).

“Peluang pengajian untuk sarjana muda ini bertujuan untuk merealisasikan Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat, sekali gus memperbaiki kualiti hidup melalui peningkatan golongan berpendidikan” ujar beliau.

Menurut Dr Mohamad Ainuddin Iskandar, PACE bertanggungjawab mengendalikan program Ijazah Sarjana Muda melalui mod PJJ dan memenuhi kehendak pasaran semasa serta memastikan kualiti pembelajaran setanding program Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di UUM. 



Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM).


Dalam pada itu, Pengurus Unit Strategi Korporat & Pembangunan Perniagaan PACE UUM, Dr Khairol Anuar Ishak turut menyatakan calon yang berminat untuk memohon PJJ perlulah mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan empat Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus salah satu mata pelajaran Matematik / Matematik Tambahan / Perdagangan / Prinsip Akaun / Ekonomi Asas pada peringkat SPM atau setaraf dengannya.

Bagi calon yang mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka mestilah berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja. 

Selain itu, calon juga boleh memohon menggunakan kelayakan lain seperti STPM, STAM, Diploma, Diploma Vokasional Malaysia dan APEL. 

Untuk menyemak syarat kelayakan sila layari di laman web: pjj.paceuum.my.


Gambar hiasan... Penyerahan Ikrar oleh Pelajar Pendidikan Pendidikan Jarak Jauh UUM.


Rekod pelajar PJJ PACE UUM sehingga kini telah mencapai lebih 10,000 alumni yang telah menamatkan pengajian mereka dengan UUM. Oleh itu, mereka yang ingin melanjutkan pengajian boleh menghubungi pihak PJJ PACE UUM.

Antara kelebihan melanjutkan pengajian di PJJ PACE UUM adalah jadual kuliah yang fleksibel, sijil yang diiktiraf oleh MQA, pensyarah-pensyarah yang berpengalaman, dan modul pembelajaran dalam bahasa Melayu.  


Gambar hiasan... Pendaftaran pelajar baharu


Kaedah pembelajaran atau pertemuan kuliah diadakan sebanyak empat kali dalam satu semester dan sesi kuliah pula dikendalikan selama empat jam bagi satu subjek pada hujung minggu setiap bulan. 

Pembelajaran dan peperiksaan pula dilakukan secara dalam talian buat masa kini sebagai langkah untuk mengawal penularan wabak Covid-19 di dalam negara.

Antara pusat pembelajaran PJJ PACE UUM ialah Kampus UUM di Sintok, Langkawi, Ipoh, Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Kota Bharu, Kuching, Sibu, Miri dan Kota Kinabalu.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau mempunyai kemusykilan berkaitan program PJJ PACE UUM ini boleh menghubungi Unit Pemasaran PJJ PACE UUM menerusi talian 019-5906855 atau 019-5908544. - KitaReporters

 Taklimat online pelajar  baharu sesi April 2021.

You will be interested

Berita Terkini| MPM iktiraf 2 jenis kelayakan kepakaran perubatan! Pendaftaran pakar dalam NSR!

MPM iktiraf dua jenis kelayakan kepakaran perubatan bagi tujuan pendaftaran pakar dalam Pendaftaran Pakar Kebangsaan atau National Specialist Register (NSR)

News Editor 2 in Menara Gading 1 month ago

Coffee Talk! Santuni pelajar UPM berdepan peperiksaan akhir tahun! Anda tidak bersendirian!

Coffee Talk @ Pecutan Akhir Peperiksaan: Kejayaan Pasti Milik Anda Insya-Allah usaha UPM mengatasi masalah psikologi yang dihadapi para pelajar akibat COVID-19
Zul Akmar Jamaludin in Menara Gading 1 week ago

Skim latihan 'padawan' School of Hard Knocks UUM! Gandingkan usaha sama UUM dengan industri!

UUM lakar sejarah tersendiri apabila Menteri Pengajian Tinggi lancar School of Hard Knocks (SoHK), serahkan watikah pelantikan Fakulti Industri oleh CUIC-UUM
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 2 weeks ago

Biz4You-th: Forum usahawan muda berkongsi pengalaman! Kelestarian keusahawanan semasa Covid-19!

Forum Biz4You-th: The Bazaar of Stories merupakan sebuah forum secara online tentang pengusaha perniagaan yang berjaya kekalkan perniagaan semasa wabak Covid-19
Editor 1 in Menara Gading 3 weeks ago

Majlis anugerah kecemerlangan pelajar secara maya! KKTM Lenggong tetap zahirkan penghargaan!

Kerana Covid-19, Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar KKTM Lenggong diadakan secara maya dengan majlis diikuti pelajar bersama keluarga dari rumah
Rosdi Ismail in Menara Gading 3 weeks ago