Menara Gading 05 Jan, 2022

Keluarga Malaysia: Pasukan Perubatan UniSZA turun padang! Periksa kesihatan mangsa banjir Pahang!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Kakitangan perubatan UniSZA membuat pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa banjir di Pahang. - Kredit gambar Media UniSZA


PENGALAMAN luas dalam bidang kesihatan dan perubatan memberi peluang kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu menyediakan kakitangan perubatan untuk memberi perkhidmatan kepada mangsa banjir di Pahang.

Usaha murni UniSZA membawa kakitangan perubatan turun padang memberi kelainan kerana ia agak jarang dilakukan oleh universiti awam lain di negara ini dalam misi bantuan pascabanjir.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UniSZA



Prof Dr Fadzli Adam


Naib Cancelor UniSZA, Prof Dr Fadzli Adam, berkata menerusi program misi bantuan tersebut UniSZA turut menghantar 100 sukarelawan termasuk 18 kakitangan perubatan untuk membantu mangsa banjir di daerah Bera dan Kuantan, Pahang, bagi meringankan beban ditanggung oleh mangsa bencana di negeri tersebut.

Katanya, semua 18 kakitangan perubatan dari Pusat Pembangunan Hospital UniSZA (PPHU) bertujuan bagi memenuhi keperluan dalam Misi Bantuan Pascabanjir UniSZA di Pahang.

Menurutnya, PPHU yang disertai doktor dan jururawat itu membuat pemeriksaan asas kesihatan selain merawat luka-luka kecil mangsa di kediaman masing-masing.


Seorang mangsa banjir  yang mendapat khidmat pemeriksaan kesihatan percuma daripada doktor UniSZA.


Beliau berkata, UniSZA akan terus berhubung dan membantu mereka yang dalam kesusahan tanpa mengira latar belakang.

"UniSZA juga bersimpati serta turut sama bersolidariti dengan semua mangsa banjir yang masih bergelut untuk kembali kekehidupan normal.

“Berbekalkan pengalaman yang ada pada kakitangan perubatan, UniSZA mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan dengan membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma.

"Setakat ini, seramai 151 pelajar UniSZA yang telah terjejas banjir mendapat bantuan wang tunai RM500 selain 500 keluarga dari komuniti luar turut mendapat bantuan dari UniSZA," katanya.

Tambah beliau, petugas perubatan sukarelawan universiti tersebut yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan turut membantu membersih rumah yang terbabit dalam bencana berkenaan. 

“Misi bantuan tersebut berkenaan melakukan kerja-kerja  pembersihan di rumah-rumah dan kawasan taman yang terjejas selain memberi bantuan makanan dan peralatan asas kepada penduduk," ujarnya. - KitaReporters


Kakitangan perubatan UniSZA turun padang membantu mangsa banjir di Pahang.


Sukarelawan UniSZA yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan universiti turut membantu membersih rumah mangsa banjir.

 

20
25
1
27
0
You will be interested

UPSI lepas 3k benih ikan lampan ke Sungai Bernam! Usaha pulihara sumber ikan! Makanan penduduk!

Persatuan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI lepaskan 3k benih ikan lampan ke Sungai Bernam bagi bantu pembiakan hidupan marin sungai itu

Noraini Wahab in Menara Gading 1 month ago

110 pelajar baharu UUMKL! Ikuti taklimat pendaftaran online! Termasuk 10 pelajar antarabangsa!

110 pelajar baharu semester DC212 yang terima tawaran pengajian di UUM Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) telah ikuti taklimat pendaftaran secara dalam talian (online)
Corp Comm UUM in Menara Gading 2 weeks ago

Keluarga Malaysia: Warga UPM bergabung tenaga! Mangsa banjir rasa lega! Berkat semua bekerjasama!

UPM bersama Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) lakukan misi kemanusian Program Putra Cakna di sekitar daerah di Selangor termasuk Pusat Pertanian Meru, Klang
Zul Akmar Jamaludin in Menara Gading 3 weeks ago

Video| Keluarga Malaysia: UMT hantar sukarelawan ke Pahang! Bantu bersihkan rumah mangsa banjir!

UMT hantar seramai kira-kira 130 sukarelawan di Pahang sejak 25 Disember 2021 lalu bagi bantu mangsa banjir di beberapa lokasi yang terkesan akibat banjir besar
Mohammad Ishak in Menara Gading 3 weeks ago

Terima kasih UMT! Hargai pengamal media sebagai barisan hadapan! Bukan sekadar sampai maklumat!

UMT lihat tugas, tanggungjawab wartawan sama penting dengan petugas barisan hadapan lain dengan iktiraf peranan wartawan bukan sekadar melaporkan berita sahaja
Mohammad Ishak in Menara Gading 3 weeks ago