Kampus & Pendidikan 02 Mar, 2022

Rezeki Allah! Dr Norzizi sedia galas tugas baharu! Dilantik Ketua Pengajian Seni Persembahan UiTM!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

Zizi bersama ibunya, seniwati Normala Omar.


Rezeki daripada Allah SWT datang dengan pelbagai cara. Dalam situasi di mana ramai orang kehilangan kerja kerana pandemik COVID-19, masih ramai juga yang menerima kerja baharu.

Itulah yang dinamakan rezeki. Walau bagaimanapun, memperolehi rezeki atau tidak, sebagai orang Islam kita perlu bersyukur. Setiap ujian itu ada hikmahnya.

Manakala bagi yang memperolehi rezeki dengan kerja atau jawatan baharu, galas dan bertanggungjawablah dengan tugas tersebut. Bukan anda sahaja yang gembira, malah keluarga, rakan dan orang sekeliling juga turut gembira.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan

Selain pensyarah, Zizi juga aktif dalam dunia teater.


Bagi pensyarah dan juga pelakon, Dr. Norzizi Zulkifli, pelantikannya sebagai Ketua Pengajian Seni Persembahan di Kolej Pengajian Seni Kreatif di Universiti Teknologi Mara (UiTM) disambut penuh kesyukuran. 

Anak kepada pelakon veteran Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar ini, berkongsi berita gembira itu dalam Instagramnya.

Menurut Zizi, dia bersyukur dan menyeru orang ramai mendoakan agar dirinya mampu menggalas tanggungjawab tersebut.

“Alhamdulillah. Rezeki Allah. Satu permulaan yang baru. Doakan saya moga mampu menggalas apa jua tanggungjawab yang diberikan. Melangkah mulai 1 Mac 2022. Tahniah buat semua rakan-rakan yang dilantik,” tulisnya ringkas.


Zizi berkongsi berita gembira dalam Instagramnya.


Selain dirinya, ada beberapa lagi rakan turut dilantik dengan jawatan baharu. Sementara itu, ruangan komen dalam Instagramnya mula dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga peminat.

Antara artis yang menguncapkan tahniah dan tumpang gembira ialah Shamsul Ghau Ghau, Amir Raja Lawak, Farah Ahmad, Vanida Imran, Fatimah Abu Bakar, Juliza Adlizan dan ramai lagi.


Antara rakan artis yang mengucapkan tahniah.


Pemilihan Zizi dilihat kena dan layak kerana dia bukan calang-calang dalam seni teater dan lakonan. Artis seperti inilah yang harus dibanggakan dan semoga Zizi dapat menyampaikan ilmu lakonan kepada generasi muda. - KitaReporters


13
15
0
15
0
You will be interested