Kampus & Pendidikan 18 Jun, 2023

Video| Syabas pelajar bukan Melayu UUM! Sokong usaha martabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this


Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) bersetuju untuk bersama-sama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Rata-rata mahasiswa yang ditemui berkata, pengunaan bahasa Melayu dalam program pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam Kajian Pengunaan Bahasa di IPTA, yang dijalankan pada tahun 2010, berpendapat nisbah pengunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang berada pada tahap yang berbeza-beza dan merentasi pelbagai disiplin program perlu dilihat semula.



Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang melancarkan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) 2023-2030 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), baru-baru ini melihat kesinambungan dari Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di IPT 2011-2015 dan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam (UA) 2016–2020 perlu dilakukan satu 

Intervensi bagi meningkatkan kedudukan bahasa Melayu dan meletakkannya pada kedudukan yang penting dalam ekosistem pendidikan tinggi.

Di majlis itu beliau telah menyasarkan empat objektif utama dan dipacu pula melalui empat teras termasuk penyenaraian 11 strategi dan 26 inisiatif pelaksanaan bagi IPTA yang menyokong pelaksanaan Pelan Tindakan ini kerana mereka mempunyai tanggungjawab untuk bersama-bersama kerajaan menggalas misi nasional.


Pelajar Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa,Chin Li Xuan 

Pelajar Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa, Chin Li Xuan berkata, seperti saranan Menteri Pendidikan Tinggi, IPT tidak boleh melihat institusinya terpisah daripada agenda nasional dan perlu melakukan tindakan yang bijak dalam menjaga dan melaksanakan kepentingan bahasa Melayu.

“Kami sebagai pelajar universiti akan sentiasa mengikut dan melaksanakannya seperti yang diarahkan oleh KPT dan UUM,”ujarnya.

Chin Li Xuan menambah melalui kelas kokurikulum subjek kewartawanan contohnya mereka diberikan tugasan dan arahan untuk menyediakan berita, laporan dan sebagainya dalam bahasa Melayu walaupun pelajarnya terdiri pelbagai kaum, bangsa dan komuniti.


Pelajar Sarjana Muda Sains Ekonomi, Narmatha Devi A/P Jayakumar.


“Pengunaan bahasa Melayu dilihat tidak membebankan kami kerana sebagai rakyat Malaysia kita perlu berpijak di bumi yang nyata,” kata pelajar Sarjana Muda Sains Ekonomi, Narmatha Devi A/P Jayakumar.

“Bagi saya pengunaan bahasa Melayu ini tidak menjadi bebanan kepada pelajar UUM apabila melihat dalam kalangan pelajar bukan sahaja dari Malaysia malah luar negara juga yang menyambung pengajian di sini fasih berbahasa Melayu ketika berurusan atau berbual dengan rakan-rakan,” sambungnya.

Moga pelaksanaan pelan ini dapat direalisasikan melalui pembudayaan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta aktiviti kokurikulum sekali gus menjadi wadah pembangunan negara dalam memperkukuh peranan bahasa Melayu sebagai sumber rujukan setanding dengan bahasa asing. - KitaReporters


17
16
0
18
0
You will be interested