Kampus & Pendidikan 26 Nov, 2025

Projek Komuniti@UniMadani! Tanam cendawan imistroom beri pelajar kemahiran asas, peluang ekonomi!

Share this

Imistroom yang merupakan program latihan intensif anjuran UiTM cawangan Pulau Pinang dengan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Mak Mandin yang bermotifkan memberi pendedahan dan kemahiran asas berkaitan pengurusan rumah cendawan imistroom seharusnya didokong oleh semua pihak.


Para pelajar didedahkan dengan cara tanaman cendawan melalui program Imistroom.

Program di bawah Komuniti@UniMadani ini bukan saja mendedahkan selok belok penanaman cendawan tetapi juga hasil yang mampu diperolehi bukan sahaja kepada para pelajar tetapi juga kepada pihak sekolah.

Ia juga merupakan langkah proaktif dalam memperluas khidmat universiti kepada golongan sasaran yang memerlukan sokongan kemahiran dan peluang ekonomi alternatif.


Demo dan hasil jualan cendawan turut dipamerkan untuk makluman para pelajar dan guru.

"Demo pengurusan sisa bongkah cendawan, tuaian cendawan di tapak imistroom, produk hiliran, cendawan goreng ternyata memperlihatkan bahawa program ini banyak memberi manfaat berpanjangan.

"Syabas kepada UiTM Pulau Pinang yang memberi tunjuk ajar kepada para pelajar serta guru SK Mak Mandin semoga program ini berterusan menjana pendapatan," tegas Naib Yang Dipertua PIBG SK Mak Mandin merangkap Pegawai Seranta ADUN Sg Puyu, Mohamad Fakhri Mohd Ali.


Antara hasil produk cendawan yang boleh dimanfaatkan.

Satu lagi produk sup cendawan boleh dihasilkan sekiranya serius dijadikan sumber pendapatan.

Dalam program pada 12 November 2025, terbukti melalui program pembudayaan Komuniti@UniMadani ini sebanyak 500 bongkah cendawan berjaya dihasilkan melalui program sedia ada sebelum ini.

Yang pasti tanaman cendawan melalui teknologi imistroom membantu menjana pendapatan pelbagai golongan masyarakat. 

Program Pendayaan Komuniti Kementerian Kewangan – Universiti Awam (Komuniti@UniMadani) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bertujuan bagi meningkatkan peranan Universiti Awam (UA) dalam mendaya upaya komuniti seiring falsafah pembangunan kerajaan Madani. - KitaReporters


Mohamad Fakhri (tiga dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada tenaga pengajar UiTM Pulau Pinang yang telah turun padang menjayakan program Imistroom.

 

17
12
0
6
0
You will be interested