Kampus & Pendidikan 04 Dec, 2025

Melentur buluh! Ops Didik langkah proaktif pantau salah laku pelajar! Buat pemeriksaan mengejut!

Share this

Bak kata pepatah 'melentur buluh biar daripada rebungnya'. 

Sejajar dengan itu, Op Didik oleh Polis Melaka mengambil tindakan segera sebagai langkah proaktif dalam memantau disiplin pelajar serta memastikan tiada penglibatan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Dol Said, Alor Gajah dalam aktiviti salah laku atau membawa bahan terlarang ke sekolah.


Op Didik mengajar pelajar lebih bertanggungjawab dan berdisiplin.

Pemantauan juga dilakukan ke atas setiap pelajar bagi memastikan tiada bahan larangan dibawa ke sekolah.

Operasi yang melibatkan pemeriksaan mengejut telah dilaksanakan pada 3 Disember 2025 selepas para pelajar selesai sesi persekolahan bagi mengelakkan sebarang gangguan kepada proses pembelajaran mereka.

Dalam operasi atas arahah Ketua Polis Melaka itu, pemeriksaan terperinci dilaksanakan ke atas beg para pelajar, kenderaan yang dibawa ke sekolah serta pemeriksaan individu.

Semua ini bagi memastikan tiada sebarang barangan terlarang seperti rokok, vape, senjata atau bahan terlarang lain yang dibawa ke kawasan sekolah.


Tidak ada seorang pun pelajar yang terkecuali dalam pemeriksaan dan pemantauan yang dilaksanakan.

Pendekatan yang diambil ini bertujuan memberi pendidikan dan kesedaran awal kepada pelajar mengenai kepentingan mematuhi undang-undang pada usia muda.

Secara keseluruhannya pelaksanaan Ops Didik memberi impak positif kepada usaha mendidik dan membentuk disiplin para pelajar agar lebih bertanggungjawab. - KitaReporters


Operasi turut dilaksanakan ke atas kenderaan pelajar bagi memastikan mereka mematuhi undang-undang.

Semua pelajar akan diperiksa bagi mengajar dan mendisiplinkan mereka.

17
16
0
21
0
You will be interested