Kampus & Pendidikan 13 May, 2024

Program Bestari Cares 4 ISB Farm Visit! Projek kebajikan pelajar kolej kediaman UM dengan ISB Farm!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Pelajar mendengar taklimat dari Pengetua Kolej Prof Dr Wan Himratul Aznita Wan Harun.


SERAMAI 31 pelajar Kolej Kediaman Keempat (Bestari) Universiti Malaya (UM) menjayakan projek yang berfokuskan kepada kebajikan sosial, komuniti dan kemasyarakatan dengan kerjasama ISB Farm Universiti Malaya pada 20 April 2024.

Menurut Pengetua Kolej,  Prof Dr Wan Himratul Aznita Wan Harun, program Program Bestari Cares 4 ISB Farm Visit yang dianjurkan dengan kerjasama ISB Farm ini diadakan di Ladang Mini ISB kampus ini.

Katanya, melalui program ini pastinya mereka dapat memupuk dan meningkatkan nilai empati serta kemahiran interaksi pelajar terhadap masyarakat sekeliling sekaligus menonjolkan kepentingan kelestarian alam sekitar. 


Prof Dr Wan Himratul Aznita Wan Harun



“Saya yakin dengan penyertaan ini mereka dapat mempelajari dan memahami cara pelaksanaan program pada peringkat kolej ini,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu , Felo Penasihat Azura Azilah Ayub mengharapkan penyertaan mereka ini juga memberi peluang bagi menghayati, mempelajari dan menikmati keindahan flora dan fauna di UM.


Siti Anis Rosyana Syeikh Anuar Rusydi


Pelajar sedang menyusukan kambing.

Bagi Pengarah program, Siti Anis Rosyana Syeikh Anuar Rusydi pula, program anjuran Jawatankuasa Kerja Perkembangan Kebajikan dan Kemasyarakatan Kolej Kediaman Bestari ini secara tidak langsung dapat memupuk serta meningkatkan nilai empati dan kemahiran interaksi dalam kalangan mereka dengan masyarakat sekeliling. 

“Ia menyeronokkan kerana pengalaman dan kemahiran baharu yang kami peroleh ini dapat membantu kami untuk terus menganjurkan program seperti ini dengan lebih ramai penyertaan nanti,” sambungnya lagi.


Nur Sakinah Samsudin 


Aktiviti membersihkan kandang.

Bagi pelajar semester empat jurusan Sejarah Nur Sakinah Samsudin, 20, program yang dianjurkan ini bukan sahaja memberi peluang kepada mereka untuk mengenali lebih rapat warga kolej kediaman malah yang penting dapat bekerjasama dalam satu pasukan.

“Menghayati flora dan fauna dan dapat menghampiri kambing, ayam dan ladang mini seolah-olah kami berada di suasana kampung walaupun UM berada di bandar Kuala Lumpur,” tambahnya.


Pelajar sedang menjalankan aktiviti ISB Farm Universiti Malaya.


Pelajar UM dapat merasakan kehidupan di kampung bila dapat berjinak dengan kambing.

Sesungguhnya program yang dianjurkan ini memberi impak yang besar termasuk dapat menyemai semangat bekerjasama dalam kumpulan sambil menghormati pendapat dan pandangan dalam kalangan mereka.

Moga program yang dianjurkan ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan mahasiswa untuk menghadapi pasaran ketika di luar sana nanti termasuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri setiap pelajar.

Sepanjang program ini mereka turut membersihkan kandang kambing, mencuci kolam ikan, membersihkan reban ayam,  ladang mini dan memberi makan kambing. - KitaReporters


Pelajar yang menyertai program ini gembira bila dapat menyertai aktiviti luar.

14
10
0
8
0
You will be interested