Kampus & Pendidikan 16 May, 2024

Majlis Mesra Alumni UPM 2024! Terus perkasa penglibatan alumni! Jadi ruang perbincangan, pertemuan!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. šŸ“§: [email protected]

Share this


Kuat berdiri pokok kerana akarnya. Kuat akar kerana tanah. Begitulah keadaan sesebuah organisasi dalam persatuan atau pertubuhan. Bermula daripada orang atas hinggalah ahli-ahlinya. Semua saling bergantungan. Hubungan mesra dan kerjasama sangat diperlukan dalam sesebuah organisasi.

Justeru, pada 8 Mei 2024 Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) dengan kerjasama Persatuan Alumni UPM (PAUPM) telah menganjurkan Majlis Mesra Alumni 2024 sebagai usaha untuk terus memperkasa hubungan strategik antara alumni UPM.


Raihan Sharif menyampaikan amanat kepada alumni yang hadir. 


Majlis yang berlangsung di Auditorium Rashdan Baba, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah dihadiri hampir 200 orang alumni UPM. Jumlah ini termasuk alumni yang bekerja di UPM dan juga alumni UPM daripada lapangan ataupun industri.

Acara yang diadakan saban tahun ini merupakan satu platform ataupun ruang perbincangan serta pertemuan antara alumni UPM sesama alumni dan juga alumni UPM bersama wakil universiti yang diterajui ARCUPM.


Prof. Madya Dr. Aqlima Ahmad.


Menurut Pengarah ARCUPM, Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, majlis yang dihadiri 200 orang alumni UPM dan rakan strategik ARCUPM, menjadi platform interaktif bagi membolehkan alumni terlibat secara aktif dalam menyumbangkan idea dan tenaga untuk meningkatkan kecemerlangan UPM dan pelajarnya.

ā€œTema kita pada tahun 2024 ialah ā€˜Alumni UPM Berilmu Berbaktiā€™ dan bagi menzahirkan matlamat ini penglibatan daripada para alumni UPM sangat diperlukan. Saya amat berbesar hati melihat sambutan dan komitmen yang telah diberikan oleh kesemua alumni yang hadir pada hari ini.


Prof. Madya Dr. Aqlima (tengah) bersama Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Dr Mokrish Md. Ajat (kiri) dan Prof. Datin Dr. Kalthum Hashim.


ā€œMajlis ini juga secara tidak langsung membina hubungan alumni UPM yang lebih kukuh, berterusan, dan memberi kesan positif kepada perkembangan dan kecemerlangan universiti kebanggaan kita,ā€ katanya.

Tambahnya lagi, penglibatan alumni juga dapat memberi sumbangan semula kepada alma mater menerusi pelbagai bentuk dan saluran. Matlamat bagi 2024, hubungan yang lebih erat bersama alumni akan terus diperkukuh dalam usaha untuk terus membina sinergi bersama alumni di luar sana.


Prof. Madya Dr. Aqlima (kanan) bersama mantan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni Prof. Dr. Hazandy Abdul Hamid.


Hubungan yang kukuh bersama alumni akan terus memberi manfaat kepada universiti terutamanya pelajar untuk mereka juga membina kejayaan seperti alumni yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Tidak dinafikan alumni merupakan sosok yang paling hampir dengan pelajar. Pelajar menjadikan setiap kejayaan alumni sebagai sumber inspirasi untuk menerusikan legasi kejayaan universiti. 

Untuk itu, peranan alumni sangat dituntut dan dialu-alukan untuk kembali berbakti kepada universiti untuk bersama-sama membina bangsa yang cemerlang bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga antarabangsa.


Prof. Madya Dr. Aqlima beramah mesra bersama Mantan Pengerusi, Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato' Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail.


Turut hadir pada majlis ini, Presiden Persatuan Alumni UPM, Dato' Raihan Sharif, yang turut menzahirkan komitmen untuk terus membantu memajukan UPM melalui hubungan yang telah terjalin sejak dahulu lagi.

Terdahulu, Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad baharu sahaja dilantik sebagai Pengarah baharu ARCUPM berkuat kuasa pada 1 April 2024 bagi menggantikan Prof. Madya Dr. Arbaā€™ie Sujud yang bersara wajib pada Ogos 2024. - KitaReporters


     

13
16
0
6
0
You will be interested