Kampus & Pendidikan 04 Sep, 2024

Sokong MyKP Merchang! UMT anjur program lepas anak benih ketam, ikan siakap, tanam semula pokok bakau!

@gamal nasir mohd ali
Seorang wartawan selama lebih 30 tahun selepas menyertai Utusan Melayu pada 1989. Bergelumang dalam bidang Online sejak 2000 dan kini mengendali KitaReporters dan UtusanPress. Emel: [email protected]

Share this


Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Persatuan Kerang-Kerangan Malaysia (Malaysian Shellfish Society atau MSS) dan Pejabat Perikanan Negeri Terengganu telah menganjurkan program pelepasan anak benih ketam, ikan siakap serta penanaman semula pokok bakau di Merchang Wetland, baru-baru ini. 

Menurut Pengarah Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (Akuatrop) UMT, Prof Dr. Muhammad Ikhwanuddin Abdullah, usaha kolaborasi itu merupakan salah satu langkah proaktif untuk memastikan kelestarian sumber perikanan di Malaysia, selain memberikan manfaat ekonomi jangka panjang kepada komuniti nelayan di sekitar Merchang.

“Program pada hari ini merupakan salah satu usaha pihak persatuan dalam menjaga kelestarian alam khusus spesis krustasia dan kerang-kerangan.

"Program berbentuk tanggungjawab sosial (SR) itu sebagai usaha menyokong kira-kira 50 komuniti myKP (MyKomuniti Perikanan) Merchang sebagai penggerak utama dalam mengembangkan potensi sosioekonomi di kawasan terbabit," katanya.



Sebanyak 2,000 anak benih ketam bakau, 2,000 anak benih ikan siakap dan 50 pokok bakau telah dilepaskan dan ditanam di kawasan berkenaan. 

“Tujuan utama program ini adalah untuk membantu 50 orang nelayan tempatan dalam mempromosikan kelestarian sumber perikanan serta memperbaiki taraf ekonomi mereka," kata Dr. Muhammad Ikhwanuddin lagi.

Merchang Wetland, yang terletak di sepanjang Laguna Merchang, dikenal pasti mempunyai potensi besar sebagai destinasi agropelancongan, disokong oleh kekayaan ekologi dan sumber perikanan yang pelbagai.

Program dilaksanakan itu bukan sahaja memanfaatkan nelayan tempatan tetapi juga menyumbang kepada usaha pemuliharaan alam sekitar di kawasan tersebut. - KitaReporters/Kenyataan Media


8
16
0
16
0
You will be interested