Kampus & Pendidikan 04 Nov, 2022

Terima kasih Keluarga Malaysia! 200 pelajar B40 MMU teruja terima PerantiSiswa! Bantu pembelajaran!

Share this


LEBIH 200 pelajar Universiti Multimedia (MMU) melahirkan rasa gembira apabila menerima gajet Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia di kampus MMU Cyberjaya, baru-baru ini.

Peranti-peranti berkenaan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun kepada para pelajar daripada keluarga B40 untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran.

Dalam ucapannya, beliau memberi kata-kata perangsang kepada para penerima peranti tersebut agar belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan dalam pelajaran menggunakan peranti itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan peranti atau gajet


“Sesuai dengan perkembangan era teknologi hari ini, kerajaan tidak mahu pelajar universiti ketinggalan dengan ledakan teknologi dengan memperkenalkan initiatif ini. 

"Kerajaan membantu menanggung kos untuk anda semua memilikinya secara percuma. Ini sebagai penghargaan dan pemangkin kepada semua pelajar untuk terus belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang,” katanya pada majlis penyerahan PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

Turut hadir pada majlis penyampaian gadjet itu ialah Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd Su’ud, Presiden MMU


Putri Nor Asmah Ab. Syukor


Teruja dengan peranti yang diterima, Putri Nor Asmah Ab. Syukor, 21, pelajar Ijazah Sistem Maklumat berkata, beliau berasa terharu kerana terpilih sebagai salah seorang penerima peranti itu memandangkan terdapat hampir 2,000 permohonan di MMU.

“Saya amat memerlukan peranti ini untuk membantu pelajaran saya. Sebelum ini saya terpaksa berkongsi peranti dengan adik-beradik saya,” katanya. Bapanya ialah pemandu Grab manakala ibunya ialah suri rumah. 


Hon Yao Feng


Pelajar Diploma Multimedia Kreatif, Hon Yao Feng, 19, dari Kulai, Johor, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana melaksanakan inisiatif  itu. Beliau berharap peranti ini dapat membantunya mencapai keputusan cemerlang dalam mata pelajaran yang diambil mulai semester ini. 


Purneswari Chandrasekaran 


Berkongsi pandangan sama, Purneswari Chandrasekaran, 21, peranti berkenaan boleh membantunya dalam menyiapkan tugasan dalam subjek yang diambil dalam kursus Sains Komputer (Sains Data). “Sekarang saya sudah mempunyai gadjet sendiri dan tak perlu lagi berkongsi dengan empat adik beradik saya untuk menyiapkan tugasan,” katanya. - KitaReporters/MMU

10
18
0
16
0
You will be interested