Kampus & Pendidikan 26 Feb, 2021

Video| UniMAP lancar plat khas siri UR! Pertama tawar siri khas di luar akronim universiti!

@suhana abdul mutalib
Pensyarah di Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan (FSGM) merangkap Pegawai Khas Media Naib Canselor UniMAP. Bekas wartawan dan pernah berkhidmat dengan akhbar Utusan Malaysia, Harian Metro dan Berita Harian.

Share this

Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat hadir menyempurnakan upacara pelancaran tersebut.


Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)  melancarkan nombor pendaftaran khas siri UR yang boleh dibida sehingga 4 Mac 2021 ini dengan nilai bidaan tertinggi adalah bernilai RM300,000.

Naib Canselornya, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, bidaan siri UR1 hingga UR9999 itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat yang dilantik iaitu Aquatwo Sdn. Bhd.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UniMAP:

https://kitareporters.com/search?search=unimap



Beliau menjelaskan, meskipun UniMAP bukan merupakan universiti awam pertama yang melancarkan siri nombor pendaftaran khas tersebut, namun UniMAP merupakan universiti pertama yang menawarkan siri khas di luar akronim universiti.

“Ramai yang bertanya apakah maksud di sebalik UR ini yang mana U mewakili UniMAP itu sendiri manakala R pula mewakili siri nombor pendaftaran bagi negeri Perlis

Selain itu, UR juga merupakan kod yang mewakili program-program pengajian yang ditawarkan oleh UniMAP dalam borang UPU Online.

“Justeru kami merasakan UR ini begitu dekat dengan warga UniMAP selain ia juga bersifat universal dan boleh dimiliki orang awam,” ujar beliau selepas majlils pelancaran nombor pendaftaran khas UR di Auditorium Bangunan Canselori UniMAP di Kampus UniMAP Pauh Putra, Arau, Perlis pada pada 25 Februari 2021.



Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP, Raja Dato’ Azwane Raja Ariff; Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah dan Ketua Pegawai Eksekutif Aquatwo Sdn. Bhd., Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin.

Mengulas lanjut, Prof. R Badlishah berkata, inisiatif tersebut dimulakan susulan hasrat dan inisiatif kerajaan menerusi Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara yang menyasarkan semua universiti awam untuk menjana pendapatan sendiri.

Katanya, inisiatif tersebut juga membantu menguruskan pengoperasian universiti dengan lebih berkesan dan pada masa sama menjaga kebajikan pelajar yang merupakan pemegang taruh utama universiti.

“Dalam situasi ekonomi yang tidak begitu stabil ketika ini, universiti disarankan untuk menjana pendapatan sendiri bagi membantu pengoperasian dan penjualan nombor pendaftaran khas ini diharap dapat membantu UniMAP dalam merealisasikan hasrat ini.

“Bagi sesiapa yang berminat untuk membida nombor pendaftaran UR ini bolehlah melayari laman sesawang www.urplat.com/V1,” katanya.

Antara nombor yang dijangka mencatat bidaan tertinggi ialah UR8055 dan UR805 yang mewakili perkataan UR Boss/Bos serta UR 8357 dengan maksud UR Best. - KitaReporters


Nombor pendaftaran khas siri UR boleh dibida di laman sesawang www.urplat.com/v1. 

2
2
2
0
0
You will be interested