Kampus & Pendidikan 19 Feb, 2022

Kampus akan dibuka kepada pelajar! 9,510 pelajar UniSZA masuk mulai 9 Mac 2022! Ikut kategori!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


SERAMAI 9,510 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan kembali ke kampus bermula 9 Mac 2022 ini secara berperingkat-peringkat mengikut kategori yang ditetapkan.

Naib Canselor Prof Dr. Fadzli Adam berkata, kemasukan pelajar terbabit akan dilakukan secara berfasa-fasa mengikut jadual tertentu bagi mengelakkan sebarang kesesakan atau perhimpunan yang ramai


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kemasukan pelajar


Dr Fadzli Adam


Katanya, semua pelajar berkenaan dibenarkan memasuki kampus, namun keutamaan diberikan kepada pelajar berkeperluan daripada lima kategori yang telah ditetapkan.

Menurutnya, keutamaan akan diberi kepada kategori satu iaitu pelajar daripada program pengajian peringkat asasi, diploma, ijazah sarjana muda dan pascasiswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel, peralatan khas dan pelajar badan beruniform yang perlu melengkapkan silibus mereka

Katanya lagi, kategori dua adalah pelajar Berkeperluan Khas atau OKU dan kategori tiga adalah pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan pembelajaran dalam talian turut dibenarkan ke kampus.

Selain itu, katanya, kategori empat adalah semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu dan untuk unis juga diberi keutamaan kembali ke kampus.




Dr Fadzli berkata, bagi pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu, hanya yang lengkap vaksinasi sahaja dibenarkan masuk ke Malaysia dan wajib menjalani tempoh kuarantin selama tujuh hari atau sekiranya telah mendapat dos penggalak, tempoh kuarantin ialah selama 5 hari,” katanya dalam satu kenyataan media.

"Pelajar yang lengkap vaksinasi dan tidak lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke kampus. Pelajar yang telah lengkap vaksinasi perlu menjalani ujian saliva (air ludah) RTK COVID-19, manakala pelajar yang tidak lengkap vaksinasi perlu membuat ujian RT-PCR dalam tempoh tiga hari sebelum masuk ke kampus dengan tanggungan sendiri," katanya.

Menurutnya lagi, tarikh kemasukan pelajar adalah secara berfasa mengikut kategori dan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (PdP) akan dilaksanakan secara hibrid mengikut SOP yang telah ditetapkan



Beliau berkata, bagi pelajar dari kategori satu iaitu seramai 4,932 orang, mereka boleh kembali ke kampus bermula 9 hingga 12 Mac 2022, manakala kategori 2,3,4 dan 5 iaitu 1,504 orang akan pulang pada 21 hingga 25 Mac pula.

Kataanya, bagi pelajar bukan dari kategori selain yang ditetapkan, mereka boleh kembali ke kampus pada 3 hingga 20 April 2022 dengan melibatkan seramai 3,074 orang.

“Pelajar perlu mendapatkan surat kebenaran kembali ke kampus daripada Portal Pelajar dan bagi pelajar yang ingin tinggal di kolej kediaman perlu membuat permohonan dan kelulusan tertakluk kepada kekosongan,” tambah beliau. - KitaReporters


 

 

 

 

11
17
1
9
0
You will be interested