Kampus & Pendidikan 05 Oct, 2023

Teroka inovasi dalam industri halal! KUIPs, PSU Pattani bekerjasama dalam penyelidikan, pembangunan!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Delegasi KUIPs disambut oleh PSU.

Prof. Emeritus Kamarudin Hussin (kanan) menghadiri pertemuan dengan delegasi PSU.


Delegasi Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menghadiri pertemuan bagi berbincang dan menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan industri halal dengan Universiti Prince Of Songkla (PSU) di Pattani, Thailand.

Rektornya Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, kunjungan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) KUIPs, Datuk Prof. Emeritus Ts Dr Kamarudin Hussin berserta Ahli-ahli LPU dan Pengurusan Eksekutif ini adalah dalam rangka kunjung hormat dan menghadiri Mesyuarat Kali Ke-41 di PSU.


Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramlee (kiri) ketika menghadiri pertemuan itu.


Katanya, kedua-dua universiti juga mengadakan perbincangan dan mengatur strategi untuk bekerjasama bukan sahaja dalam bidang akademik dan penyelidikan malah berhasrat untuk meneroka inovasi dalam industri halal.

“Moga pertemuan dan perbincangan yang dijalankan ini dapat membantu dan merealisasikan hasrat kita untuk menawarkan program dalam bidang halal nanti,” ujar beliau ketika dihubungi.


Delegasi daripada KUIPs sebelum majlis perbincangan diadakan.

PSU kini menawarkan tiga program bidang halal iaitu Pengurusan Sistem Halal, Pelancongan Halal dan Hospitaliti, dan Pengurusan Logistik Halal. - KitaReporters



Kedua-dua universiti bergambar kenangan selepas mengadakan pertemuan.

12
16
0
14
0
You will be interested