Kampus & Pendidikan 22 Dec, 2022

Mohon tambah data dari 30GB! Pakej Prabayar Perpaduan! Mudahkan pelajar akses internet! - Pelajar UUM

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Sidang Media oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.


MAHASISWA Univerisiti Utara (UUM) mencadangkan agar kerajaan menambah jumlah data dalam Pakej Perpaduan internet prabayar mudah alih dengan harga lebih rendah daripada harga semasa pasaran iaitu RM5 sebulan yang akan bermula Februari 2023. 

Dalam sidang media pada 21 Disember 2022  oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, Pakej Perpaduan hasil kerjasama lima syarikat telekomunikasi utama seperti Celcom-Digi, Maxis, Umobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES) khusus untuk golongan B40, belia, OKU dan warga emas.

“Pakej Perpaduan ini merupakan pakej prabayar internet mudah alih yang ditawarkan pada harga RM30 dengan data 30GB untuk tempoh 6 bulan. Ini bermakna dengan hanya RM5 sebulan golongan tersebut boleh menikmati kemudahan internet dan telekomunikasi dengan kelajuan 3Mbps,” kata Fahmi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan isu liputan internet

Pelajar semester lima Sarjana Muda Perbankan dengan Kepujian UUM, Jasmine Yap Qin Ying, 22.

Pelajar semester lima Sarjana Muda Perbankan dengan Kepujian UUM, Jasmine Yap Qin Ying, 22, berkata, tawaran 30GB ke atas lebih bermanfaat terutama kepada para pelajar terutama bagi membolehkan pencarian kerja-kerja tugasan dalam pengajian mereka.

Malah pengunaan internet juga perlu untuk mereka ketika menghadapi kelas dalam talian terutamanya. 


Madhuri Sashi Kumar, 23.

Manakala Madhuri Sashi Kumar, 23, berkata, jumlah data jika ditambah menjadi lebih 30GB itu pastinya dapat menampung penggunaan perkhidmatan chat dan voice call serta penggunaan aplikasi dalam talian bagi aktiviti harian seperti pembelian dalam talian, penghantaran makanan dan tempahan, urusan perbankan, carian internet dan navigasi serta berita dan maklumat.

"Secara umumnya, berbanding pakej sedia ada, ia menawarkan penjimatan tetapi kami berharap kerajaan akan menambahnya nanti,” sambungnya lagi.


Ahmad Mujahid Muhamad Zaki.

Bagi Ahmad Mujahid Muhamad Zaki pula pakej yang akan diperkenal itu selain daripada penambahan GB pastinya dapat membantu mahasiswa terutama menjimatkan perbelanjaan mereka ketika dikampus.

“Dengan penjimatan itu kami akan dapat gunakan wang untuk perbelanjaan lain antaranya pembelian keperluan harian ataupun pembelajaran,” ujarnya ketika diminta mengulas mengenai tawaran pakej perpaduan yang akan diperkenal pada Februari 2023 nanti. - KitaReporters


Pelajar UUM sambut baik tawaran internet RM5 cuma cadang tambahan 35 gb keatas.

13
13
0
11
0
You will be interested