Ketika sebahagian rakan sebaya memilih untuk bercuti atau meluangkan masa bersama keluarga sepanjang Ramadan, dua mahasiswa ini membuat keputusan berbeza.
Mereka memilih untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.

Mohamad Arif Zafran
Mohamad Zamri dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Muhammad Danish Harraz
Yusrin dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) antara jemaah awal Umrah Ramadan anjuran As-Safa Travels and Tours yang selamat tiba di Malaysia
baru-baru ini.
Bagi mereka, pengalaman berada di Madinah dan Mekah pada bulan mulia bukan sekadar perjalanan ibadah, tetapi detik yang membentuk jiwa dan kepimpinan diri.

Mohamad Arif Zafran Mohamad Zamri dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Ramadan di hadapan
Kaabah membuatkan saya rasa sangat kerdil. Ia mengajar saya tentang sabar,
disiplin dan erti membantu orang lain. Saya sedar anak muda juga ada peranan
dalam pengurusan umrah,” kata Arif.
Muhammad Danish pula
mengakui pengalaman membantu jemaah sepanjang berada di Tanah Suci membuka
pandangannya tentang tanggungjawab dan khidmat.
“Saya lihat sendiri bagaimana jemaah memerlukan bimbingan dan sokongan. Dari situ saya rasa terpanggil untuk terus terlibat dan ajak rakan sebaya sama-sama merasai pengalaman ini,” ujarnya.


Pengasas dan
pembimbing umrah As-Safa Travels and Tours, Ustaz Md Roslan Mohammad
Jaafar berkata, penglibatan anak muda amat penting bagi memastikan
kesinambungan generasi mutawif pada masa hadapan.
Sehubungan itu, kedua-dua mahasiswa berkenaan dilantik sebagai Duta As-Safa Travels and Tours bagi mempromosikan pakej Umrah Orang Muda khusus untuk mahasiswa dan belia.


Pada masa sama, As -Safa Travels and Tours turut membuka pendaftaran bagi pakej Umrah Awal Syawal
kepada umat Islam yang berhajat menjadi tetamu Allah selepas Ramadan.
Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Ustaz Md Roslan Mohammad Jaafar di talian +60 10-222 8085 untuk maklumat lanjut dan tempahan. - KitaReporters

Ustaz Md Roslan Mohammad Jaafar menyampaikan tazkirah ringkas kepada jemaah As-Safa Travels and Tours ketika sesi ziarah di Tanah Suci.
