Kampus & Pendidikan 21 Feb, 2023

UniSZA universiti awam pertama jalin kolaborasi dengan SME Bank! MoU pembangunan usahawan, graduan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Dr Fadzli Adam


UNIVERSITI  Sultan Zainal Abidin (UniSZA)  melakar sejarah apabila menjadi Universiti Awam (UA) pertama yang menjalinkan kolaborasi rasmi melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) dalam menjalankan program pembangunan usahawan dan graduan.

Majlis Menandatangani MoU antara kedua-dua pihak telah berlangsung  di Putrajaya, pada 15 Februari 2023.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus UniSZA

Dr Fadzli Adam (kiri) dan  Dr Aria Putera Ismail (kanan) menunjukkan dokumen MoU


Bagi pihak UniSZA, MoU tersebut telah ditandatangani oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Fadzli  Adam (Naib Canselor) dan Ismail  Musa (Pendaftar).

Bagi pihak SME Bank pula, MoU tersebut ditandatangani Presiden Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan SME Bank, Profesor Adjung Datuk Wira Dr. Aria Putera Ismail dan Ketua Pegawai Sumber Manusia, Kumpulan SME Bank. Shuhaibahtulaslamiah Hurmuzan.


Dr Aria Putera Ismail


Pemeteraian MoU tersebut  bakal melibatkan kerjasama dalam program-program seperti Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), program penyelidikan dan pembangunan kolaboratif, penawaran kemudahan dan perkhidmatan makmal, program pembangunan keusahawanan untuk graduan/pelajar UniSZA, program sangkutan industri di bawah Program CEDAR BEACON, program jangka pendek seperti bengkel, seminar, webinar untuk pensyarah dan graduan/pelajar UniSZA dan pembiayaan untuk usahawan siswazah dan syarikat ‘spin-off’ UniSZA.

Turut berlangsung majlis penyerahan surat lantikan Business Advisory & Coaching Network (BEACON Affiliate) daripada Presiden Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan SME Bank kepada Naib Canselor UniSZA selaku wakil staf-staf UniSZA yang dilantik sebagai pelatih Program Sangkutan Industri di bawah Program CEDAR BEACON.


Pengurusan tertinggi UniSZA dan SME Bank bergambar kenangan selepas menandatangani MOU


Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif CEDAR, Amirul Imran Ahmat; Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan UniSZA, Muzafar Mohd Din; Pengarah Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pelaburan dan Jaringan Industri,  Profesor Madya Dr. Fakhrul Anwar Zainol; Timbalan Dekan Akademik dan Siswazah Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Dr. Safrul Izani Mohd Salleh. - KitaReporters


Sebahagian pengurusan tertinggi UniSZA dan SME Bank 

 

12
18
1
11
0
You will be interested