Kampus & Pendidikan 06 Jun, 2024

Terima kasih badan kebajikan Petronas! Sumbang zakat korporat RM100k! Bagi bantu pelajar asnaf UPSI!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Gambar hiasan.


BADAN kebajikan Petronas memberikan sumbangan zakat sebanyak RMM100,000 kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak untuk manfaat mahasiswa golongan asnaf di universiti pendidikan itu.

Penyerahan sumbangan Agihan Ihsan Fitri (I-Fitri) Zakat Kampus yang diadakan di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah itu, UPSI diwakili Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Abdul Rahim Razalli manakala Petronas diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dana Asy-Syakirin (anak syarikat Petronas), M Nasarudin Salleh diadakan dalam satu majlis pada 31 Mei 2024.

Turut memberi sumbangan ialah Badan Kebajikan Kakitangan Islam Petronas (BAKIP) yang diwakili oleh Ustaz Ahmad Shukri Ismail dan Dr Rafiza Mohamed serta Amer Peter Abdullah. 


 

Dr Abdul Rahim Razalli memberi taklimat mengenai UPSI kepada wakil badan kebajikan Petronas yang diketuai M Nasarudin Salleh (dua dari kanan). 


Wakil penyumbang Petronas menyatakan minat untuk mengadakan kerjasama dalam pelbagai bidang bersama UPSI antaranya program Kem Cuti Sekolah untuk anak-anak staf Petronas.

Abdul Rahim yang mewakili Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, berkata UPSI adalah satu-satunya universiti pendidikan negara yang melahirkan graduan pendidikan dan memiliki sejarah yang panjang sejak tertubuhnya Sultan Idris Training College (SITC) pada awal tahun 1920an.

Selepas 100 tahun merentasi empat era, katanya, kini UPSI mencipta kemasyhuran dalam membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memajukan sistem pendidikan negara menerusi tenaga pakar yang ada.

“Justeru, UPSI sentiasa prihatin terhadap kebajikan mahasiswa yang dikategorikan dalam golongan asnaf, malah berterima kasih kepada badan kebajikan bawah Petronas yang memberi sumbangan berkenaan ,” katanya.


M Nasarudin menyerahkan replika cek RM100,000 Agihan Ihsan Fitri (i-Fitri) Zakat Kampus kepada Abdul Rahim (empat dari kanan) di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah pada 31 Mei 2024. - Kredit foto: Ihsan UPSI


Pengarah Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat Dan Sedekah (WEZAS) UPSI, Prof Madya Dr Mohd Abdul Nasir Abd Latiff, berkata sumbangan zakat korporat berjumlah RM100,000 yang diterima itu akan diagihkan kepada 100 pelajar asnaf dengan setiap mereka mendapat RM1,000.

“Kami akan memastikan pelajar asnaf yang terpilih menerima sumbangan mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang, akhlak terpuji dan terbabit aktif dalam aktiviti persatuan atau kolej,” katanya.

Beliau mengalu-alukan mana-mana pihak atau agensi korporat di negara ini untuk memberi sumbangan dalam bentuk zakat atau wakaf bagi memberi manfaat kepada mahasiswa asnaf yang sedang menuntut di bawah 10 fakulti. - KitaReporters

12
14
0
16
0
You will be interested