Kampus & Pendidikan 08 May, 2024

Video| Bengkel Competency Based Talent Management (CBTM)! KUIPs dan UIAM anjur program bersama!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this


Peserta bengkel dalam sesi latihan yang dijalankan.

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Jabatan Pendaftar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menganjurkan secara bersama program bengkel Pengurusan Kecekapan Berdasarkan Bakat atau Competency Based Talent Management (CBTM) di bawah Krusi Jamalullail di Hotel Putra Regency Kangar pada 6 Mei dan 7 Mei 2024.

Bengkel seramai 50 peserta ini disertai Pengurusan Eksekutif (Exco) KUIPs, dekan, pengarah, ketua jabatan, ketua bahagian dan pegawai tadbir.


Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle bersama peserta bengkel CBTM.

Sesi latihan dalam kumpulan yang menulis mengenai ketrampilan diri masing-masing.

Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, bengkel CBTM ini adalah bagi memberi pendedahan dan penekanan kepada semua pegawai berkenaan value-based leadership (kepimpinan berdasarkan nilai) dan memastikan mereka menguasai tahap kompetensi yang diperlukan bagi membantu pembangunan universiti ini.

“Harapan kami di pihak Pengurusan ialah program ini dapat memberi pendedahan mengenai kepimpinan dan menguruskan pembaharuan serta perubahan mengikut keperluan semasa.

“Justeru bakat kepimpinan mereka yang menyertai program ini perlu diketengahkan agar dapat membantu pihak pengurusan dalam menyelesaikan masalah dan membangunkan universiti ini nanti,” sambung beliau lagi.


Program dua hari ini dikendalikan oleh Pensyarah dari UIA, Dr Zurina Abd Ghani (kiri) dan Prof Madya Dr Mohd Azrul Azlen.


Pensyarah UIA, Prof Madya Dr Mohd Azrul Azlen (kanan) menerima cenderamata daripada Rektor KUIPs.

Program dua hari ini dikendalikan oleh Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Madya Dr Mohd Azrul Azlen, Dr Zurina Abd Ghani dan Rusnani Ya’kob.

Turut menyampaikan ceramah ialah Mohd Faiq Hussin dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - KitaReporters


Peserta bergambar selepas sesi latihan dalam kumpulan bersama hasil mereka.

Peserta bergambar bersama hasil mereka dengan penceramah.

Peserta bergambar dengan Rektor KUIPs dan penceramah.
15
12
0
17
0
You will be interested