Kampus & Pendidikan 04 Jan, 2024

Mai ramai-ramai ke KUIPS! Program Hari Terbuka dari 8-12 Jan 2024! Ada juga tawaran biasiswa penuh!

@kuips corp comm
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) ditubuhkan pada 17 Jun 2013 dengan pengambilan pertamanya pada 15 Mei 2014 dengan jumlah pelajar seramai 61 orang untuk dua program pengajian, iaitu Asasi Muamalat dan Diploma Perbankan Islam. Boleh emel: [email protected]

Share this


Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menjemput semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) menghadiri konsultansi (perundingan) percuma pada 8 hingga 12 Januari 2024.

Rektornya Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, hari terbuka selama lima hari mulai 10 pagi hingga 4 petang itu memberi peluang kepada bakal pelajar KUIPs untuk mendapatkan panduan bagi menyambung pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah dengan biasiswa penuh.

Katanya, staf jabatan pemasaran yang akan mengendalikan hari terbuka ini akan membantu pelajar untuk menyemak kelayakan mereka untuk kemasukan pada Februari 2024 ini. 

"Pelajar perlu membawa keputusan peperiksaan mereka bagi urusan penyemakan dan kelayakan sebelum ditawarkan pengajian di empat fakulti di kampus ini,‘ ujar beliau lagi.


Staf KUIPs mendaftar kemasukan pelajar baharu. - Gambar-gambar oleh Azami Ramli.

Sebanyak 24 program ditawarkan di Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Muamalat dan Kewangan Islam, Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan, serta Fakulti Al-Quran dan Sunnah.

Syarat minimum bagi lepasan SPM ialah tiga kredit, STPM 2.0 dan STAM Makbul.

Pelajar juga boleh menghubungi talian 011-37810842 (Mohd Zaki), 011-56825075 (Azzir), 019-6276983 (Hashim), 017-5125513 (Emilia) dan 019-5088617 (Syafiqah) untuk keterangan lanjut. - KitaReporters/KUIPs


Gambar hiasan... Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle (kiri) bersama pelajar baharu yang mendaftar di KUIPs semester lepas. 

18
9
0
14
0
You will be interested