Kampus & Pendidikan 16 Jul, 2022

Syabas! Penyertaan kali pertama bawa hasil! USIM naib johan Pertandingan Debat Nuklear universiti!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada [email protected]

Share this


Bertemakan Nuklear Untuk Tujuan Keamanan, pasukan debat Bahasa Melayu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dibarisi Najmi Adli Mustaffa, dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan; Salman Hariz Mohamad Kusnin dan Muhammad Najmie Abdullah dari Fakulti Syariah dan Undang-undang rangkul kedudukan Naib Johan pada Pertandingan Debat Nuklear Antara Varsiti 2022 anjuran Pusat Penyelidikan Teknologi Nuklear (Nuklear). 

Pertandingan yang berlangsung selama dua hari bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menyaksikan sebanyak enam penyertaan dari enam universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) dan USIM.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perdebatan


Najmi Adli Mustaffa, pelajar tahun satu Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan selaku ketua pasukan berkata, saya melahirkan rasa teruja dan gembira kerana ini merupakan penyertaan kali pertama mereka mewakili universiti untuk bertanding dalam pertandingan debat ini.

Masing-masing  merupakan pelajar tahun satu, dan mereka mengambil cabaran ini dengan mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental serta mengulangkaji dari segi fakta dan kajian yang mendalam khususnya tema yang dipertandingkan, tambahan pula ahli pasukan bukan berlatarbelakangkan bidang pengajian dalam bidang nuklear”.

“Tanam minat dalam seni pengucapan awam banyak melatih kemampuan serta daya fikir yang tinggi dan penggunaan laras bahasa yang baik. Kami berharap dengan pencapaian ini, kami mampu membawa nama USIM ke peringkat yang lebih tinggi selepas ini”, ujarnya lagi.

Johan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3000, Naib Johan membawa pulang RM2000 dan tempat ketiga membawa pulang RM500. - KitaReporters/USIM


10
16
0
5
0
You will be interested