Kampus & Pendidikan 04 Mar, 2023

Tahniah! UIAM, Al Rashid Business and Academy dari Oman jalin kerjasama! Mantapkan jaringan industri!

@roslan rusly
14 Tahun pengalaman dalam Perhubungan Awam dan Media. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar(SUA). Banyak menyiarkan berita-berita dan rencana di portal berita dan akhbar.

Share this


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melalui Pejabat Jaringan Industri (OIL), Pejabat Pembangunan Lean dan Kemampanan (LeaDS), Kulliyyah Kejuruteraan (KOE) menjalinkan kerjasama melalui memorandum persefahaman(MoU) dengan Al Rashid Business and Academy, Oman dalam memantapkan lagi hubungan dan jaringan industri bagi kebaikan kedua-dua belah pihak.

Majlis MoU ini berlangsung pada di Sultan Qaboos University, Muscat, Oman pada 28 Februari 2023 lalu.


Lagi cerit-cerita menarik dari Kolej dan Universiti

Bergambar ketika majlis MoU yang berlangsung di Oman.


UIAM diwakili Rektor, Prof. Emeritus Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak manakala bagi institusi Al Rashid Business and Academy ianya diwakili oleh Pengerusi dan Pengasas, Khalfan Al Rawahi disaksikan oleh Pengarah Perhubungan Antarabangsa, R V Murali.

Menurut Rektor UIAM, inisiatif MoU yang dijalinkan ini ialah untuk menggariskan rangka kerja dan bidang kerjasama yang mempunyai kepentingan dan manfaat bersama kepada kedua-dua pihak.

Selain itu, di bawah MoU ini memudahkan kerjasama dalam menyediakan kepakaran, tenaga kerja, logistik, maklumat dan sokongan yang diperlukan antara satu sama lain.

“Apa yang diharapkan ialah melalui kerjsama ini, ia akan memantapkan lagi jabatan dan pusat yang terlibat.

“Selain itu juga pihak Kulliyyah dapat menerima manfaat untuk para pelajar dari segi penyelidikan, latihan akademik, projek penyelidikan dan sebagainya yang boleh memberi manfaat kepada kedua belah pihak," ujarnya.

Di UIAM, Kulliyyah (fakulti) yang turut terlibat dalam kerjasama ini ialah Kulliyyah Kejuruteraan (KoE) manakala pejabat yang terlibat ialah Pejabat Jaringan Industri (OIL) dan Pejabat Pembangunan Lean dan Kemampanan (LeaDS), Kulliyyah Kejuruteraan UIAM.

“Kerjasama ini juga akan menjadi nilai tambah potensi dan bakat kepada kedua-dua institusi yang terlibat memberikan penghasilan yang terbaik dalam kualiti pengajaran, latihan, pendidikan dan penyelidikan," tambahnya lagi. - KitaReporters/UIAM


14
18
0
14
0
You will be interested