Menara Gading 20 Sep, 2021

Terima kasih staf sokongan, pentadbiran UUM! Dijulang sebagai 'unsung hero'! Bersama GAGAH UUM!

@samsudin oli mohamed
34 tahun berpengalaman sebagai Jurufoto Berita Harian, Jurufotografi UUM, Wartawan bebas Akhbar Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia, Kosmo, Sinar Harian, Majalah Pendidik, Dewan Masyarakat, Rtm Kedah/Perlis, Penceramah Fotografi, kewartawanan

Share this

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dr Haim Hilman Abdullah ketika Bual Bicara Bersama TNCPI Gagasan Gemilang Akademia dan Admin Holistik UUM 2021-2025 (GAGAH UUM).


Staf Universiti Utara Malaysia (UUM) pada peringkat sokongan dan pentadbiran dijulang sebagai ‘Unsung Hero’ oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dr Haim Hilman Abdullah yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor ketika Perjumpaan bersama Kesatuan Kakitangan (KESKA) universiti pada 19 September 2021.

“Semasa saya melancarkan Gagasan Gemilang Akademia dan Admin Holistik UUM 2021-2025 (GAGAH UUM) juga saya telah bercakap dalam pelbagai platform antara initipatinya tidak mungkin ahli akademik mampu untuk mengangkat universiti ini setinggi mungkin tanpa sokongan padu daripada staf sokongan, pentadbiran dan akademia kerana kita semua bekerja dalam satu pasukan,’  ujar beliau ketika bercakap dalam pertemuan dengan ahli KESKA yang dibuat secara dalam talian.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UUM


Beliau berkata, GAGAH UUM merupakan satu tema untuk mengangkat warga universiti bersama-sama membina pasukan yang kuat berlandaskan Pelan Strategik UUM.

Katanya universiti ini telah membuktikan dengan keberanian untuk bersaing akhirnya berada dalam kalangan 511 terbaik di dunia.

Sesi yang diadakan ini memperlihatkan warga UUM bekerja dalam satu keluarga untuk institusi yang disayangi.

Oleh itu beliau berharap semua staf terutama sokongan dan pentadbiran akan bekerja dengan bersungguh-sungguh dengan mematuhi disiplin dan bekerja dengan penuh integriti.


Sukarelawan UUM yang terlibat dengan PPV di kampus ini bergambar kenangan.


Staf dari Jabatan Keselamatan akan dipercepatkan pemberian pakaian seragam mereka.


Dalam pertemuan itu katanya pihak universiti juga tidak pernah lupa dan sentiasa menghargai tugas dan peranan staf terdahulu sejak tertubuhnya kampus ini sehingga sekarang.

Semasa sesi soal jawab bersama ahli KESKA beliau turut memberi keyakinan dan bersetuju untuk membawa beberapa perkara yang diketengahkan seperti menyegerakan pakaian seragam untuk petugas keselamatan, membincangkan mengenai status staf kontrak, tuntutan perubatan, penilaian prestasi, memanjangkan masa untuk pengisian CODSA, mempertimbangkan peluang kemasukan anak-anak ahli yang gagal mendapat tawaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan pemberian vaksin kepada anak-anak staf UUM yang berumur 18 tahun ke bawah.

Di perjumpaan itu beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi RM1,000 kepada Presiden KESKA Ku Azmi Ku Ibrahim untuk menyalurkan sumbangan kepada ahli KESKA yang memerlukan bantuan. - KitaReporters


Prof Dr Haim Hilman Abdullah yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor (kiri) menyampaikan sumbangan peribadi RM1,000 kepada Ku Azmi Ku Ibrahim yang mewakili pihak KESKA UUM.


Presiden KESKA Ku Azmi Ku Ibrahim (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan food bank kepada staf KESKA yang terkesan dengan COVID-19.

7
11
0
10
0
You will be interested

27 pelajar Arau terima surat tawaran pengajian di UUM! Majlis turun padang santuni anak Perlis!

Seramai 27 pelajar baharu terima surat tawaran kemasukan ke UUM bagi Sesi Akademik 2021/2022 pada program UUM Prihatin Santuni Mahasiswa Anak Perlis di Arau

UPSI potensi jadi pusat rujukan serantau bidang pendidikan! Bitara dalam kepimpinan pendidikan!

Penubuhan UPSI berkait rapat dengan dunia pendidikan, maka Institut Dasar dan Polisi Pendidikan Negara UPSI boleh jadi pusat rujukan serantau dalam pendidikan
Noraini Wahab in Menara Gading 1 day ago

Terbaik! 10 pensyarah UPSI terpilih sertai program jangka pendek! Di Harvard Universiti, AS!

Ke arah memperkasa pendigitalan pendidikan pada peringkat pengajian tinggi, UPSI jalankan kerjasama pengambilan ikhtisas dengan Universiti Harvard di Amerika
Noraini Wahab in Menara Gading 2 days ago

Permintaan tinggi sepanjang masa! Pelajar UPM tanam cili di kampus! Projek MegaChili berbaloi!

Kerana permintaan yang tinggi dan pengeluaran yang rendah terhadap cili, warga UPM cipta kelainan dengan jalankan satu projek dinamakan Projek MegaChili 2021
Zul Akmar Jamaludin in Menara Gading 3 days ago

6,872 pelajar UIAM kembali ke kampus secara berperingkat! Majlis Sejahtera akan pantau situasi!

UIAM mula terima 6,872 pelajar yang kembali ke kampus untuk mulakan pembelajaran untuk sesi semester satu 2021/2022 di Gombak, Kuantan, Pagoh dan Kuala Lumpur
Roslan Rusly in Menara Gading 3 days ago