Kampus & Pendidikan 31 Mar, 2022

Hari bersejarah untuk graduan pesakit cerebral palsy! Majlis konvokesyen UniSZA labuhkan tirai!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Ahmad Faziz diiringi bapanya (kanan) berkerusi roda memasuki dewan kovokesyen UniSZA


WALAUPUN mengidap penyakit palsi serebrum atau cerebral palsy (CP) sejak dilahirkan, itu bukanlah penghalang buat graduan Universiti Sultan Zainal Abibin (UniSZA), Ahmad Faiz Ibrahim untuk bergraduasi sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) dari Falkulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) UniSZA.

Dia yang ditemani ibunya sepanjang empat tahun pengajian amat bersyukur dan menzahirkan rasa gembira kerana dapat menamatkan pengajian dengan status keputusan lulus dengan cemerlang


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis konvokesyen

 Ahmad Faiz Ibrahim ditemani ahli-ahli keluaraga kelihatan gembira menatap  ijazah yang diterima  sempena Majlis Konvokesyen UniSZA


Ibu Faiz, Zalina Mohd Kassim, 47, berkata, beliau menzahirkan rasa syukur kerana atas segala penat lelah dan pengorbanan beliau menemani Faiz dengan menyewa rumah berdekatan UniSZA sepanjang empat tahun bagi membantunya mengikuti kuliah akhirnya membuahkan hasil.

Faiz tampak ceria dan gembira ditemani ibu bapa dan dua adiknya ketika menghadiri Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA Ke-13 (Sidang 6) yang telah disampaikan oleh Pro Cancelor UniSZA Tunku Datuk Nooruddin Tunku Datuk Sri Shahabuddin.


 Ahmad Faiz berkerusi roda menerima ijazah daripada Tunku Datuk Nooruddin  pada majlis konvokesyen Ke 13 UniSZA


Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin Ke-13 yang berlangsung selama empat hari  bermula 27 Mac 2022 dan berakhir 30 Mac 2020 telah melabuhkan tirai dengan rasminya .

Majlis yang penuh istiadat tersebut telah berlangsung dengan jayanya  membabitkan sebanyak lapan sidang konvokesyen yang didakan bagi meraikan 3,345 graduan UniSZA yang telah berjaya menerima Doktor Falsafah (Phd), Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.

Daripada jumlah tersebut, seramai 107 orang graduan diangerahkan PhD, 84 graduan dianugerahkan Sarjana Sains dan Sarjana Sastera, 1,753 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda, 1,152 graduan menerima Diploma dan seramai 142 graduan telah berjaya menerima Diploma Pascasiswazah Pendidikan. 


Tan Sri Prof Dr Yusof Noor menutup majlis konvokesyen Ke 13 UniSZA


Sidang-sidang konvokesyen kali ini telah disempurnakan oleh Tan Sri Prof. Dr. Mohd Yusof Md Nor (Pro-Canselor UniSZA), Tunku Datuk Nooruddin Tunku Datuk Sri Shahabuddin (Pro Canselor UniSZA) dan Prof. Dr. Fadzli bin Adam (Naib Canselor UniSZA)

Majlis konvokesyen pada kali ini turut dihadiri oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah UniSZA, Ahli Pengurusan Tertinggi UniSZA, Dekan-dekan, Ahli-ahli Akademik UniSZA serta ibu bapa dan ahli keluarga bagi bersama-sama meraikan detik yang amat bermakna buat semua graduan. - KitaReporters


 

8
6
1
13
0
You will be interested