Kampus & Pendidikan 20 Aug, 2022

Dahsyat! Belajar guna e-Gamifikasi, Minecraft! USIM anjur Minecraft Kampus Barakah Challenge 2022!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada [email protected]

Share this


DALAM usaha memperkasa inovasi e-Pembelajaran, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bergerak proaktif dengan menganjurkan Minecraft Kampus Barakah Challenge 2022 (MKBC 22) dengan penyertaan 12 pasukan dari pelbagai fakulti dan Pusat Tanggungjawab (PTj).

Sebanyak 3 pasukan telah berentap pada peringkat akhir dengan menyaksikan pasukan Cyber Squad dari Fakulti Sains dan Teknologi telah dinobatkan sebagai Juara dengan membawa pulang wang tunai RM1,500 berserta sijil penghargaan. 

Manakala Naib Johan dirangkul oleh pasukan Al-Hijaz dari Fakulti Pengajian Bahasa dan Utama dan tempat ketiga dimenangi pasukan Fuji Pro dari Fakulti Pergigian

Naib Johan dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,000 dan RM500 berserta sijil penghargaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan permainan digital (gaming)


MKBC 22 adalah pertandingan yang menguji daya kreativiti serta inovasi dalam PdP berasaskan e-Gamifikasi di mana para peserta perlu bersaing untuk mempamerkan keunggulan mereka membangunkan World dlam platform permainan digital (gaming) Minecraft Education Edition dengan menerapkan elemen Maqasid Shariah mengikut niche fakulti atau PTj masing-masing. 

Para peserta diberi masa selama empat bulan bermula Mei 2022 sehingga Ogos 2022 untuk proses membangunkan Minecraft ini.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim berkata, pelaksanaan MKBC 22 adalah bertepatan dengan objektif pemerkasaan inovasi e-Pembelajaran selain melestarikan teknologi terkini menerusi penggunaan aplikasi mesra pengguna serta memenuhi keperluan pembelajaran dan pengajaran semasa.



“Usaha ini sekali gus dapat mencetuskan impak positif dalam pembangunan kandungan e-Gamifikasi di samping menyemarakkan perkembangan inovasi dan pembudayaan pengkayaan e-Pembelajaran dalam kalangan staf akademik khasnya dan pelajar amnya,” ujar Prof. Dr. Mohd Radhi semasa merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. 

Program yang julung kali diadakan ini merupakan anjuran Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CeTL) dan USIM e-Gamification Committee (UeGC) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Sistem & Kejuruteraan (SDEC) USIM. - KitaReporters/USIM


 

12
10
0
10
0
You will be interested