Menara Gading 25 Sep, 2022

Tahniah! 54 pelatih Kor SUKSIS UniSZA tamat latihan! Terima sijil pentauliahan Inspektor Kor SUKSIS!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Aidi Ismail memeriksa perbarisan tamat latihan sukarelawan polis universiti awam 


SERAMAI  54 orang pelatih Kor SUKSIS UniSZA berjaya menamatkan latihan dan menerima sijil pentauliahan Inspektor Kor Sukarelawan Siswa dan Siswi (SUKSIS) yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada Sabtu, 24 September 2022. 

Pada majlis tersebut, seramai 22 orang siswa dan 32 orang siswi telah tamat latihan dan menerima sijil masing-masing.

Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pentauliahan Inspektor Kor SUKSIS Universiti Awam Zon Timur 2022 telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman, Datuk  Aidi Ismail.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus UniSZA

Sebahagian pelatih Kor SUKSIS yang menamatkan latihan hadir pada majlis penutup tamat latihan di UMP


Seramai 324 orang pelatih Kor SUKSIS yang terdiri daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah ditauliahkan sebagai Inspektor Kor SUKSIS.

Hadir sama ialah pada majlis itu ialah Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf; pegawai-pegawai kanan PDRM; dan pegawai-pegawai kehormat Kor SUKSIS Universiti Awam.

Turut hadir bagi pihak UniSZA ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Datuk Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz  Yusoff; Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan, Muzafar Mohd Din; dan Penolong Pendaftar Kanan merangkap Ajutan Kor SUKSIS UnisZA, Wan Shahrin Azwan Wan Sulaiman.


Aidi menyampaikan sijil pentauliahan kepada salah seorang pelatih Kor SUKSIS yang berjaya menamatkan latihan. 


Sementara itu berucap pada majlis tersebut Aidi berkata, tauliah yang diberikan itu satu pengiktirafan dan penghargaan di atas semangat juang para pelatih mengharungi latihan dengan penuh disiplin selama tiga tahun.

Menurutnya, melalui modul-modul latihan ditetapkan seperti modul latihan kawad, latihan senjata, modul kursus asas Pasukan Gerakan Am (PGA) dan modul program khidmat masyarakat, beliau yakin Inspektor Kor Suksis yang ditauliahkan itu mampu menjadi graduan (siswazah) dengan kemahiran insaniah tinggi.


Tiga pelajar UniSZA menunjukkan sijil dan trofi yang diterima selepas berjaya menamatkan latihan kepolisan.


“Pembentukan peribadi tidak hanya dipelajari dalam kelas tetapi melalui aktiviti ko-kurikulum untuk menerapkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar universiti seperti kepimpinan, semangat berpasukan, ketaatan, disiplin dan pengurusan masa.

"Melalui pembelajaran yang menjadi objektif utama program Kor Suksis ini mampu membentuk mereka dengan sahsiah cemerlang sebagai pemimpin berkaliber serta berpengetahuan dalam bidang kepolisan,” katanya dalam ucapan perasmian Majlis Tamat Latihan dan Pentauliahan Inspektor Kor Suksis Universiti Awam Zon Timur 2022 di UMP Kampus Pekan,Pahang pada Sabtu, 24 September 2022. - KItaReporters


Pegawai Kanan PDRM dan Pengurusan tertinggi Universiti Awam yang hadir pada majlis penutup tamat latihan

10
19
1
14
0
You will be interested