Kampus & Pendidikan 31 Aug, 2023

Video| KitaReporters tampil beri bimbingan! Bengkel Media KUIPs! Kongsi ilmu dengan 27 kakitangan!

@kuips corp comm
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) ditubuhkan pada 17 Jun 2013 dengan pengambilan pertamanya pada 15 Mei 2014 dengan jumlah pelajar seramai 61 orang untuk dua program pengajian, iaitu Asasi Muamalat dan Diploma Perbankan Islam. Boleh emel: kuips.corpcomm@gmail.com

Share this



Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menganjurkan Bengkel Media yang melibatkan 27 kakitangannya di auditorium kolej itu pada 30 Ogos 2023.

Pendaftarnya Noor Azman Yusoff berkata, penyertaan dan penglibatan mereka perlu untuk menghebahkan berita mengenai kolej ini.

“KUIPs yang menyambut ulang tahun ke-10 penubuhannya baru-baru ini perlu sentiasa menghebahkan berita mengenai pencapaian, penganjuran dan peluang-peluang pengajian yang ditawarkan melalui biasiswa penuh pengajian oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) khususnya,” jelas beliau.


Mojo (Wartawan Mobile) KitaReporters berkongsi ilmu dengan kakitangan KUIPs.


Peserta diberi tugasan untuk menyiapkan laporan berita mereka.


Fungsi kamera juga diberikan agar menghasilkan gambar yang cantik.


Nota dan latihan jadi bahan bimbingan.


Biasiswa yang ditawarkan oleh MAIPs ini  meliputi pengajian peringkat diploma dan ijazah dengan tajaan penuh sehingga tamat pengajian kepada mereka yang layak mengikut syarat yang ditetapkan.

Sesi pengambilan bagi mengikuti pengajian di KUIPs dibuat dua kali setahun iaitu sesi Februari dan September.

Beliau berharap peserta yang menyertai bengkel ini dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari ini untuk menghebahkan berita mengenai aktiviti pelajar dan KUIPs secara keseluruhannya.

Sementara itu, peserta yang ditemui yakin dengan bimbingan daripada pengamal media Samsudin Oli Mohamed dapat membantu mereka untuk menulis berita dan merakamkan gambar mengikut kehendak pihak media. - KitaReporters


Ahli kumpulan bekerjasama untuk membantu pembaca berita.


Menjalankan kerja suntingan sebelum dibentangkan.



Pembentangan hasil tugasan yang diberikan.

10
13
0
14
0
You will be interested