Kampus & Pendidikan 08 Mar, 2023

GiatMara Parit Sulong berduka! Perlu pembangunan total selepas ditenggelami banjir! - Ts Ahmad Hamdi

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Kelas juga turut ditenggelami air. - Kredit foto: GIATMARA Malaysia


GIATMARA Parit Sulong, di Johor terkesan teruk akibat dilanda banjir baru-baru ini apabila seluruh kawasan GIATMARA telah ditenggelami air.

Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA (Menjalankan Tugas), Ts Ahmad Hamdi Ibrahim telah turun padang melawat kawasan yang terkena banjir.

Beliau diiringi Pengarah GIATMARA Johor, Muhib Abdullah dan Pengurus GIATMARA Parit Sulong Apandi Abd. Rahim. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pusat latihan GiatMara

Kawasan GIATMARA Parit Sulong tenggelam dinaiki air. 

Ts. Ahmad Hamdi (tengah) melawat GIATMARA Parti Sulong. 

Kesemua mereka telah memasuki premis pusat yang rata-rata tenggelam sehingga ke paras pinggang ketika dilawati pada 6 Mac 2023 lalu.  

Kesan dari banjir itu peralatan pembelajaran telah rosak teruk. Namun amat bersyukur dan lega kerana tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Menurut Ahmad Hamdim pPembangunan semula secara total perlu dirancang agar pembelajaran dapat dijalankan semula dengan kadar segera.


Kesan banjir yang melanda. 

"Kami akan bangkit bersama-sama untuk memulihkanya kembali," ujar beliau selepas lawatan itu. 

Ts. Ahmad Hamdi dan pasukan kemudianya bergerak pula ke Segamat untuk meninjau keadaan di sana. - KitaReporters


Kesan daripada banjir yang melanda. - Kredit foto: GIATMARA Malaysia

11
11
0
11
0
You will be interested