Kampus & Pendidikan 06 Jul, 2023

Lahirkan 5k graduan PhD dalam masa 5 tahun! UUM bantu Universiti Muhammadiyah Malaysia capai sasaran!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this
Prof Dr Mohd Foad Sakdan

Universiti Utara Malaysia (UUM) akan bantu Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) bagi melahirkan 5,000 graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam tempoh lima tahun.

Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan berkata, universiti ini bersedia bagi membantu mereka untuk melahirkan 5,000 graduan dalam PhD.


Perbincangan antara UUM dan UMAM yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Naib Canselor

“Dalam perbincangan pada 4 Julai 2023, kumpulan pertama ini akan memulakan sesi pengajian mereka pada September atau Oktober 2023 ini dan menamatkan pengajian dalam tempoh lima tahun nanti ,” ujar beliau lagi.

Sementara itu Naib Canselor UMAM, Prof Madya Ir. Dr Waluyo Adi Siswanto ketika ditemui berkata, pertemuan yang berlangsung ini diharap dapat mempercepat hasrat mereka untuk melahirkan 5,000 graduan PhD.
“Perbincangan lanjut akan diadakan pada kedua-dua belah pihak dan saya yakin kumpulan pertama akan berjaya memperolehi Ijazah pada tahun 2027 nanti,” katanya lagi.

Prof Madya Ir. Dr Waluyo Adi Siswanto (tengah) menandatangani buku pelawat.

UMAM yang beroperasi di Kompleks Wisma Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di UniCiti Alam, Sungai Chuchuh, Padang Besar, Perlis ini telah dirasmikan oleh Tuanku Raja Muda Perlis , Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Universiti pertama dari Indonesia yang meluaskan kampus pengajian tingginya di luar negara ini ditubuhkan oleh Persyarikatan Muhammadiyah yang disokong sepenuhnya oleh Perguruan Tinggi Muhammadiyah–‘Aisyiyah (PTMA) di Indonesia. - KitaReporters

Pengurusan UUM dan UMAM bergambar kenangan selepas perbincangan.

14
12
0
9
0
You will be interested